Pages - Menu

Back to Basic~~~~

Assalammualaikum....
Alhamdulillah..Baru sahaja selesai bergotong - royong mengecat rumah bawah dan bilik bakal pengantin. Walaupun pada mulanya mata ni mengantuk yang teramat2,  tapi Alhamdulillah. ..Selepas solat Isyak, mata ni jadi segar bugar. Terus bersemangat nak mengecat...hihihi..Dan hari ni acik, puteri saya yang ke 3 , off day urusan mengecat ni walhal sejak aktiviti mengecat ni memang dia la yang lead sebab dia sangat cerewet ok!!! So akan di pastikan setiap design, warna or anything else mesti menepati citarasa dia...

Dah rasa macam superwoman dah sekarang. 2 minggu ni memang kerjanya tak lekat di rumah..Off to Shah Alam ke rumah fifi untuk menjalankan sesi hunting brg2 hantaran di Nilai 3. Tq so so so much to Fifi kerana tersangat la banyak membantu. Daripada pemilihan tema, materials, design dan macam - macam lagi la. And the most important sebab sanggup bagi tempat tinggal, bawak pergi ke Nilai 3 and dah dikira menjadi Wedding planner saya sepanjang saya disana. Tq so much to Fifi and her husband..Alhamdulillah..barang - barang untuk hantaran setle hari Sabtu tu jugak. Dah penat berjalan sana sini, then lunch dengan nasi kukus tapi still tak dapat menandingi nasi kukus kat SS Kecil UPM..masa ni la mengimbau kenangan - kenangan masa zaman belajar dulu..

Memang sangat - sangat best! Seolah - olah hari tu hari  berbicara dari hati ke hati setelah sekian lama. Susah tu nak jmpa walaupun kampung sebelah menyebelah je...Setle kat Nilai 3, kami terus bergerak ke Alamanda. Hajat asal nak cari kasut untuk wedding tapi terjumpa benda lain pulak. Al-quran untuk hantaran. Sangat - sangat suka jumpa Al- quran ni sebab dah lama mencari Al-quran Tafsir. Puas saya keliling MPH untuk cari yang selain dari display untuk Al-quran tu. Namun hampa, saya terus je membayar sebab dah berkenankan? Baru je nak keluar, rupanya masih banyak kat bahagian depan dan warnanya adalah pink ok! Agak ralat tapi bak kata Fifi, takde rzeki la tu..

So malamnya sesi berkemas untuk balik esok. Siap berkemas ingatkan nak keluar semula sebab adik ipar fifi datang berkunjung, tapi senyap sampai pagi. Lepas sarapan, fifi tanya nak pergi AEON BUKIT TINGGI x? Mana tau ada kasut yang berkenan. Pucuk dicita, ulam mendatang. Sape tak kenal saya kan? Besar tapak tangan, stadium bukit jalil saya tadahkan...hehe.. ( hiperbola sangat). Then kami bergerak keluar la jugak. Dan seperti biasa,  lain yang dicari, lain yang dibeli..Hajat awal nak cari kasut but saya dah terbeli set perfume! Nak tau jenama apa??? Tunggu nanti ea...

Dengan terbelinya set perfume itu, maka hanya 2 lagi dulang yang perlu diisi...Alhamdulillah:) time to go home. Sedih pulak rasa..Fifi hantar saya ke TBS dan sempat lagi menunggu untuk setlekan boarding pass. .Cam kt airport kan walaupun hakikatnya kat bustand je.  Setle semua tu menunggu masa untuk berlepas je. Ok memang banyak mata memandang sebab saya dah macam makcik jual barang. Kiri kanan penuh dengan beg dan saiznya gedabak pulak tu.

Alhamdulillah...Selamat tiba dirumah jam 12.50 pagi. Borak - borak dengan mak dan adik - adik tentang design pastu terus masuk tidur sebab esok Subuh -subuh nak bergerak ke JB untuk meeting. Pukul 5.30 pagi dah siap terpacak dekat depan pagar opis tau!Sampai rumah dah malam sebab kami singgah di Ayer Hitam untuk beli barang.

Incik tunang call suruh carikan OP untuk wedding nanti sebab OP dia bercuti. Raya kan? But the most sentence yang saya ingat sangat-sangat dan nak buat saya tergelak pun ada 

"Cari la OP yang profesional tau!Tak nak la nanti gambar jadi macam ntah pape je. Tak berkenan la macam tu!"


Ok...now, saya baru tahu incik tunang ni cerewet!huu~~~~So, esok pagi - pagi saya contact seorang OP ni. Sebenarnya OP ni adalah OP impian saya selepas tengok gambar - gambar yang dia ambil memang sangat - sangat awesome!Cantik!!!Tapi bila incik tunang bagitahu dia dah ada OP sendiri untuk wedding nanti, saya berdiam diri je la kan. Bila semalam incik tunang bagitahu camtu, terus rasa nak melompat - lompat kesukaan!!!Alhamdulillah!!!Dapat juga OP impian saya ni. Tunggu invoice daripada pihak beliau sahaja untuk confirmation ni...hee~~Incik tunang pun  tanpa sebarang bantahan bersetuju dengan cadangan tersebut!Terima kasih awak!!!Doa saya telah dimakbulkan. Semoga segala yang lain berjalan lancar.


Jun adalah bulan yang agak meletihkan dan penuh dengan bermacam - macam agenda. Agenda kerja dan juga preparation untuk wedding. Menunggu incik tunang balik untuk setlekan hal di Pejabat Agama, HIV Test dan fitting untuk wedding attire nanti..Doakan segalanya berjalan dengan lancar ok..


Alhamdulillah...Sentiasa bersemangat dan semakin bersemangat dengan kecintaan saya~~~

Family
Incik Tunang
Shaklee
Working Time



Ada yang ingin order produk - produk Shaklee???????Hubungi saya ya!In shaa Allah..Saya akan berikan suggestion untuk setiap masalah yang anda hadapi. Jangan pernah berkira tau untuk sihat dan cantik demi yang tersayang!!!!!

 FB : Nur Insyirah 
 Email : eida_102@yahoo.com 
 Whatsapp / sms / call : 019 - 7262102

psssssttttt: LOVE Set Skincare +ESP + SET SLIMMING SHAKLEE


KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!!!!!
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger