Pages - Menu

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf...

Assalammualaikum...

Selamat malam semua...Sebelum melelapkan mata ingin saya berkongsi dengan senua tentang Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a...Terima kepada tuan punya blog Ibu Hakim Haikal diatas perkongsian yang sangat - sangat berguna untuk semua terutamanya kepada new comers dakam biz dan tentunya biz Shaklee seperti yang saya lakukan sekarang..

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Apa Startegi beliau ?

Menjual unta dengan harga KOS sahaja tanpa mengambil sedikit pun dari hasil jualan unta. Jual harga KOS tanpa KEUNTUNGAN ? Habis tu macam mana nak berniaga jika tiada KEUNTUNGAN...

Mudah sahaja jawab Abdul Rahman Bin Auf r.a
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Apa kaitannya dengan Biz Shaklee saya???

Kebaikkan apabila kita menjual dengan harga ahli ialah

@ PELANGGAN AKAN BUAT REPEAT ORDER @ DATANG MEMBELI  DENGAN KITA SEMULA..

Maka "tali pengikat unta" sebagai keuntungan yang diambil adalah daripada

@ bonus Shaklee yang diberikan pada 14hb setiap bulan..Jika banyak sales yang dibuat, rajin maka bonus yang masuk juga berganda..in shaa Allah..

@ Pelanggan tetap!

Sekarang kita boleh memilih sama ada ingin berniaga cara Abdul Rahman Bin Auf r.a atau tidak..

Dengan rasa rendah hati marilah kita sama-sama mencontohi Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a. kerana Keberkatan juga adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan...

Mari kita sama - sama amalkan...in shaa Allah..mudahan Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua...Ameen...

Menganggap cabaran / kesusahan sebagai PELUANG untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik...

Perbanyakkan amalan - amalan menjemput rezeki...SDS ....SYUKUR...DHUHA...SEDEKAH....

Nite all....love izwawa.blogspot

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger