Pages - Menu

Bagaimana Menangani Kritikan dan Cacian

Assalammualaikum..

Dalam hidup ni, macam - macam yang kita perlu lalui sebelum kita berjaya mencapai kejayaan....Bukan hanya daripada segi kerjaya, bisnes, study, dalam pergaulan dugaan sememangnya menjadi sesuatu yang tak asing lagi untuk kita...

Setiap bidang punya dugaan tersendiri...Saya telah mengalaminya dimana terpaksa menerima pandangan serong orang lain diatas sesuatu yang tidak saya lakukan. Jika tanpa akal yang waras, mungkin saya akan terus nenyerang menbuta tuli. Namun bonda selalu  mengingatkan... Tak perlu fikirkan apa orang cakap, buat kerja kita  yang penting Allah itu Maha Mengetahui...

Malam ni saya nak sharing tips yang saya dapat masa tengah berblogwalking td.  Tq kak wani for the sharing....a nice and motivated blog

www.hazawani.com

From: "Dr Azizan Osman" Date: 26 April 2013

"Tidak kira besar mana empayar bisnes itu. Pasti ada insan yang tidak berpuas hati dan membenci.Jadi, apakah jalan terbaik yang boleh lakukandengan segera untuk menepis isu negatif ini?

Ada 5 strategi berkesan.

===1 - Jangan Membenci===

Pasti ada sebab mereka membenci, hulurkan telinga dan dengar rintihan mereka.Jika ia berkaitan dengan masalah produk atau servis,kita boleh jadikan kritikan ini sebagai penambahbaikan di masa akan datang.

Kuasa "MENDENGAR."Tidak semestinya kritikan dibalas dengan hentaman.

===2 - Reaksi Positif===

Tidak perlu kalut apabila ada orang mencaci.Ambil ia sebagai satu ujian untuk menjadi pemilik bisnes yang lebih maju di masa akan datang.

===3 - Rasional & Emosi===

Ada orang kritik berdasarkan rasional. Iaitu memberikan kritikan yang diselaputi dengan niat untuk membantu kita sebagai pemilik bisnes....

Tidak kurangnya juga kritikan yang berlandaskan emosi. Bagaimana untuk bezakan di antara kedua-dua ini?

Senang.Jika mereka memberikan cadangan penambahbaikan,maka itu adalah kritikan rasional.Jika sebaliknya, maka itu adalah kritikan yang beremosi.

===4 - Berdialog Dengan Sopan===

Membalas kritikan orang lain ada risikonya.Antaranya adalah risiko dibenci oleh orang itu, dan sekutu-sekutunya.Jalan terbaik adalah mengucapkan terima kasih kepada mereka dan terangkan maklumat dengan sopan.

Jangan parahkan lagi perbualan dengan individu yang mengkritik.Balas dengan sopan. Balas dengan senyuman, "What you give, you get back." ;)

===5 - Hanya Allah===

Jika kritikan mereka benar-benar menusuk emosi, maka ingat ini sahaja.

"Allah sentiasa bantu hambaNya dalam apa jua keadaan."

Berkemungkinan besar kritikan, cacian atau makian itu adalah ujian kepada ida.Supaya ida lebih kebal, bersemangat,bertawadduk dan bertaqwa dalam perniagaan.

Semoga perkongsian kali ini membantu."Kita tidak boleh melarang orang membenci. Tetapi kita boleh memilih untuk berkawan dengan insan yang mencintai."

Semoga bermanfaat untuk kita semua..in shaa Allah...

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger