Pages - Menu

Genta Rasa 6th ANNIVERSARY IZWAWA~~


Assalammualaikum…

Selamat malam readers semua!!!!Alhamdulillah..Dah selesai 3 unit menjalankan mesyuarat agung tahunan. Terima kasih kepada semua yang terlibat ya!Jasa anda semua amat-amat lah saya hargai!!hee~~

Rindu nak meng’update’ blog kesayangan ni..Walhal baru je sehari tak tulis entry baru kan?Hee~~Tadi sempatlah ber’dating’ dengan my besties Hanim. Sementara menunggu nak bergerak ke mesyuarat unit tu, discuss pasal design baju nikah and tailor yang sesuai. So, dia suggestkan hantar kat tailor yang jahit baju nikah dia dulu..Memang sangat – sangat teliti dan jahitan dia sangat – sangat la kemas!

She asked about my MUA for my wedding day nanti!Saya pernah tanya dia perihal MUA solekan yang dia amek masa majlis dia tahun lepas sebab berkenan sangat dengan solekan masa nikah dan sanding. Tak tahu la suka sebab apa tapi dia sangat pandai bermain dengan warna. Pandai memilih warna yang sesuai dan serasi untuk di’blend’kan lalu menghasilkan hasil yang sangat – sangat superb!

Seriusly…Memang jatuh hati sangat. Her MUA came from KL. So, boleh fikir sendiri la kan berapa charge yang akan diambil kalau nak hire dia untuk jadi my mUA kan?Tapi, Hanim bawa perkhabaran yang sangat – sangat tak disangka – sangka..

Hanim dah tanyakan harga yang dia boleh bagi untuk make up kan saya nanti, and she charge me RM500.00 for nikah+sanding+outdoor +transportation. Agak boleh difikirkan kan? Sebab saya dah survey untuk make up sahaja, lebih RM500.00 tak termasuk transportation dan penginapan. Cuma Hanim ingatkan dia tak berapa arif tentang nak pakaikan tudung or make up kan pengantin lelaki.

Tapi bila difikirkan macam dah ok kot sebab pelamin + bilik tidur + meja makan damai decoration from my lovely bonda and all my sisters!Semuanya nak decorate sendiri, so saya membantu dan menyerahkan sahaja untuk mereka. Asalkan mereka happy, sudah cukup  untuk saya. Kerusi untuk kegunaan masa bersanding nanti come from Terengganu. Kerusi warisan zaman berzaman yang digunakan oleh semua makcik-makcik saya termasuk mak dan ayah saya untuk bersanding zaman dolu-dolu..hee~~Agak retro la kan?Tapi ni impian bonda tersayang..Apa salah kalau diturutkan kan?

Sekarang ni nak survey  baju untuk sanding + bertandang , outdoor dan  alas duduk untuk nikah. Insya-Allah nikah nanti di masjid. Ini pun permintaan mak.  Nampak macam agak awal kan plan semua benda? Tapi tak pe la..Tak nak terkocoh – kocoh nanti bila tetiba je Incik tunang cakap nak cepatkan tarikh!Menangis tak berlagu nanti walaupun buatnye kecik – kecik je..

Actually….Today is our 6th years ANNIVERSARY TOGETHER..Alhamdulillah..Thanx a lot to my beloved INCIK TUNANG sebab sentiasa ada dalam suka dan suka sepanjang tempoh ni. Sangat – sangat banyak dugaan sebelum kita  sampai ke tahap ni. Dan kadang – kadang rasa tak percaya betulkah INCIK TUNANG dah menjadi tunangan saya.

Kesedihan, kesakitan, tawa, suka dan duka yang telah kami lalui sepanjang tempoh ini benar – benar mengajar saya menjadi seorang yang kuat. Terima kasih yang terhingga. Itu je yang saya mampu untuk luahkan walaupun hanya Allah sahaja yang tahu betapa segala ucapan, kata –kata dan ayat –ayat yang terlalu banyak dan tak termampu untuk diluahkan.

Biarlah ia awak sahaja yang memahami dan biarlah awak sahaja yang merasai..Saya berdoa agar perancangan kita untuk membina masjid diatas landasan keredhaan dan keberkatan Nya akan dipermudahkan.Insya-Allah.

 

 

Readers…Doakan perjalanan  kami menuju gerbang sunnah ini dipermudahkan sehingga ke akhirnya..AMIN AMIN AMIN..
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger