Pages - Menu

Tips Kecantikan NUR KASIH~~~

Assalammualaikum..
 
 
Kecantikan dan wanita memang sinonim dan tak dapat dipisahkan. Jika ada yang menyebut tentang tentang kecantikan, pastinya yang terbayang di fikiran adalah perkara – perkara yang berkaitan dengan kewanitaan sebab wanita ni lumrahnya suka kepada benda – benda yang cantik dan juga kecantikan.
Tak dinafikan golongan wanita ni dilabelkan sebagai cerewet oleh kaum lelaki dek kerana terlalu menjaga soal kecantikan. Tapi part – part tertentu yang saya sebagai seorang wanita perlu akur dengan statement tu tapi ada part lain pula yang saya tak menyokong. Sebabnya kecantikan seorang wanita adalah untuk tatapan suaminya dan wajib seorang isteri berhias secantik yang mungkin untuk tatapan suaminya..
Untuk wanita diluar sana, saya nak kongsikan tips – tips kecantikan yang datangnya dari dalaman dan terpancar di wajah dan tingkah laku kita.
1.         Pastikan anda minum air yang mencukupi. Kebiasaanya 2L – 3L sehari untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat . Saya cadangkan anda minum segelas di waktu pagi selepas bangun tidur tu dan segelas air pada waktu malam sebelum tidur. Tambahan 6-8 gelas antara dua waktu tu ya!
2.         Jangan pernah tinggal rutin harian untuk  3P. Pencuci , Pelembap dan Penyegar. Ketiga – tiga steps ni memastikan kulit anda dapat penjagaan yang sempurna. Sila berlemah lembut pada kulit ye!Jangan mencuci atau menggosok muka anda dengan kuat sebab ia akan menyebakan kulit menjadi kasar dan sensitive.
3.         Pastikan anda tidak mencuci muka melebihi kadar yang sepatutnya dan menggunakan pencuci muka yang bebas minyak! Ini untuk mengelakkan liang roma pada wajah tersumbat maka terlahirlah jerawat, blackhead dan whitehead. So, please alert ya! Dan yang paling penting untuk dapatkan kulit yang bersih, berseri – seri dan cantik setiap hari adalah wajib mencuci wajah dengan wudhu 5 kali sehari, jangan dikeringkan dan dirikan solat 5 waktu.
4.         Sila gunakan krim tabir suria ber-SPF ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.
5.         Elakkan stress!!Stress menyebabkan kulit mudah berkedut dan penuaan sebelum masa. Semua orang tak nak nampak tua kan? Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Kalau tak de masa langsung nak beriadah ke, bersukan ke,  cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa dan sentiasa berfikiran POSITIF.

6.         Pastikan make up dan yang sewaktu dengan dicuci sebelum masuk tidur. Jangan biakan muka kita dengan sisa make up semasa tidur sebab ia akan menyumbatkan liang – liang roma dan terhasil lah JERAWAT!Gunakan make up remover berasaskan minyak. Akalu orang dulu – dulu lebih suka gunakan minyak zaitun sebab minyak zaiton banyak benefit untuk kulit kita ni.

7.         Pastikan anda ambil makanan yang berkhasiat untuk mendapatkan nutrient yang cukup dan ikut pyramid makanan ya!Untuk dapatkan badan yang langsing dan cantik boleh amalkan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan, air putih Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

8.         Untuk sentiasa awet muda, Senyumlah selalu. Bak kata mak, SENYUM SOKMO!!Its works!!Mak Nampak macam umur awal 40 walaupun dah nak masuk 50 tahun. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kita adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali tengok cermin ya.

9.         Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

10.        Tambahkan pengambilan supplement dalam rutin harian anda untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan berseri – seri. Tentulah SET SUPLEMENT SKINCARE SHAKLEE ni sangat – sangat membantu.

Amalan yang baik dan dilakukan dengan istiqamah serta tawakal kepada Allah akan membuahkan hati setimpal dengan usaha yang dilakukan. Nak cantik bukan hanya sekadar di bibir tetapi memerlukan usaha yang kuat dan berterusan.
 
 
 

 

 




ANDA BERMINAT NAK DAPATKAN SET SKINCARE????EMAIL YOUR ORDER / SKIN PROB KE



eida _102@yahoo.com
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger