Pages - Menu

Setelah Sekian Lama~~~


Assalammualaikum…

Weekend kali ni menjadi weekend yang paling – paling berkualiti untuk saya sebabnya tak rushing ke sana sini or ke pejabat untuk siapkan kerja – kerja. Alhamdulillah….Tapi sebenarnya saya bawa balik kerja – kerja tu di rumah..hee~~

nak buat minit mesyuarat ni memang sangat – sangat mencabar untuk saya je kot yang masih hijau dalam dunia penulisan dan pencatit minit ni. Lebih – lebih lagi bila melibatkan minit mesyuarat penting dalam organisasi. Tak de maknanya nak buat sambil lewa atau sesedap rasa sebab segala yang terkandung dalam minit tu akan menentukan jatuh bangun organsasi. Bila dah pegang tanggungjawab ni memang 100% la cuba untuk buat yang terbaik!!!

A million thanx to Pengurus Bahagian saya yang lama, Pn Abby sebab dia banyak mengajar saya masa mula – mula berjinak – jinak dengan dunia penulisan minit ni. B..akak tau awak silent reader akak!!And now I really appreciate it!!So, untuk menyiapkan tanggungjawab yang dah diberikan ni saya perlukan mood yang baik dan tempat yang selesa. Bila mood untuk menyiapkan minit ni datang, dalam sehari je pun saya boleh siapkan. Tapi bila mood takde langsung…..memang berminggu –minggu la jawabnya!!!

Azam tahun baru!!!Saya akan cuba siapkan minit seperti yang telah ditetapkan !INsya-Allah..Langkah pertama untuk lebih komited dalam kerjaya!!!!Gambate!!

Sebenarnya saya dalam dilema weekend yang lalu..Hati ni bagai dipagut rasa pilu..Keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Dan LOVE LETTER menjadi peneman saya kali hati ni rasa sangat – sangat tak tenang. Fikiran bercelaru dengan segala macam andaian. Segala macam persoalan. Makin  saya berfikir makin kuat rasa itu datang mengasak hati dan perasaan dan saya menangis sendiri. Mengadu pada DIA segala rasa yang ada.

Malam itu, saya duduk mengadap almari yang menempatkan segala novel dan buku – buku motivasi kegemaran saya yang ada sebahagiannya masih belum terusik. Nampak sangat busy mengatasi minat bukan?

Mata saya tertancap pada sebuah buku Motivasi karangan HILAL ASYRAF yang saya kirim pada CIk KEcik masa Pesta BuKu Antarabangsa tahun lepas. SEBELUM AKU BERNIKAH. Saya terus ambil dan helaian demi helaian saya buka untuk pembacaan.

Sangat – sangat terkesan dengan setiap bait kata – kata dan penulisan beliau dalam buku ni. So, saya sarankan kepada mereka yang ingin bercinta, berkahwin atau pun yang dah berkahwin untuk memiliki buku ni.

Saat saya mencari jawapan yang pasti pada persoalan saya selama ni, Allah gerakkan hati saya untuk buka buku ni dan jawapan ada di dalamnya..Alhamdulillah..Semakin tenang dengan jawapan tersebut.

Jawapan untuk saya :

USAHA DENGAN APA YANG TUHAN BERI BUKAN FIKIRKAN APA YANG TUHAN AKAN BERI ~~HILAL ASYRAF

HIDUP DENGAN KEPUTUSAN YANG SUDAH DILAKUKAN..BERUSAHA DENGAN APA YANG BERADA DALAM TANGAN ~~HILAL  ASYRAF

Ayat – ayat ni membuatkan saya tersedar dan memberi jawapan yang pasti pada persoalan yang setelah sekian lama saya cuba rungkaikan. Dua ayat yang memberikan 1001 makna kepada persoalan kehidupan dan perhubungan. Terima Kasih Ya Allah..

Saat ni bila fikiran diasak dengan andaian yang entah benar ataupun tidak, hati menenangkan dan memberi bisikan ketenangan. Dia tidak membuat sebarang kesalahan. Mungkin ada yang mengganggu fikiran. Tenanglah kerana janji Allah itu benar. Berusaha mencapai mampu untuk menggapai cita – cita.

 
"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
 
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari
 
It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING (: - DENA BAHRIN THE CUTEST MOMMY

 =) TQ Adik
 

***Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu..SYUKUR dan REDHA. Itu kunci kekuatan

 

“Bila hati diterjah rindu…kirimkan Al-fatihah dan selawat agar dia sentiasa dalam jagaan yang SATU” Terima kasih Ya ALLAH
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger