Pages - Menu

Sana Sini Dengan Vitamin C Shaklee~~~


Assalammualaikum..
 
Anda semua perasan tak sekarang ni di FB dan blog - blog sangat - sangat banyak menawarkan Vitamin C daripada pelbagai jenis keluaran. Dan testimoni - testimoni yang diupdate selain ditagged di FB memang menunjukkan keberkesanan Vitamin C tersebut.
 
Banyak sangat keluaran vitamin C dan kita sebagai pengguna ni disarankan selidik hingga ke akar umbi dulu tentang keselamatan produk dan kemudian abrulah buat pilihan yang tepat.
 
Kepada mereka yang masih lagi blur apa itu vitamin C dan kepentingan Vitamin C kepada kita, meh saya nak share apa yang saya tahu dan yang saya perolehi daripada Encik Google.


 Apa itu Vitamin C?

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.
  •  Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.
  • Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.
  • Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.
Majoriti besar spesies haiwan dan tumbuhan mensintensis vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C.

 Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia di barat, produk haiwan bukanlah merupakan sumber vitamin yang terpenting lagi. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.
Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

sumber 


Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari sebab tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air maka ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu sesetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini.

Vitamin C ni merupakan salah satu daripada suplement yang wajib saya ambil setiap hari bersama - sama dengan Vitamin B-Complex dan Vitamin E-Complex. Kenapa saya memilih untuk mengambil Vitamin C Shaklee yang dikenali dengan nama Sustained Release Vitamin C 500mg. adalah

 "Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi"
  •  Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.
  • Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
Sebab apa kita perlukan Vitamin C :

1) Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.

Vitamin C membantu
pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka

Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi. Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting.

 

3) Mengurangkan risiko sakit jantung

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

 

 "Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia)
 
4) Antioksidan yang bagus

Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang
 merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Jika kelebihan dah diketahui semestinya kita perlu tahu jika kita kekurangan Vitamin C dalam tubuh, apa yang akan berlaku.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C dalam tubuh. Mereka yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. 

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.

Pengambilan Vitamin C Shaklee bersama Alfalfa dan B complex dapat membantu untuk mereka yang mengalami masalah resdung, asma, allergic, exzema dan gegata.

If berminat untuk menegtahui dan mendapatkan set - set yang disarankan di dalam blog ni, boleh email kepada saya ya prob anda dan saya akan bantu anda..Jangan segan untuk bertanya ya!


eida_102@yahoo.com




1 comment:
  1. info yg menarik.betul tu skrg ni byk sgt kan produk di pasaean.sampai blurr sudah.. hihi

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger