Pages - Menu

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik~~~

Assalammualaikum...

HAri ni merupakan hari yang paling busy dan agak meletihkan dengan meeting yang tamat jam 1.20 petang yang bermula jam 9.00 pagi. Balik dari opis tadi jam dah jejak pukul 6.00 petang. Staff saya bercuti emergency hari ni sebab melawat ayahnya di HKL dan tinggal la kami berdua je.

Malam ni nak saya nak share tentang kecantikan untuk para isteri dan ibu. Perlu diingatkan untuk cantik, ianya bermula dari dalam. Jangan lupa ya...Kecantikan yang suci lahir dari hati yang bersih. Jadi untuk memastikan kita cantik luar dan dalam pastikan hindarkan diri kita daripada segala penyakit  hati seperti hasad dengki, cemburu buta, suka menjatuhkan dan memalukan orang lain, benci melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain dan macam - macam lagi la penyakit hati.

Saya selalu tekankan kita menjaga kecantikkan ni adalah untuk tatapan suami dan bakal suami kepada mereka yang belum berkahwin dan bakal berkahwin. Jadi wajarlah penjagaan kecantikan itu bermula sedari awal dan diamalkan secara ISTIQAMAH...Itu kunci kejayaan sesuatu amalan yang kita lakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik!

Meh saya nak share kebaikan dan kelebihan yang diperolehi daripada ayat - ayat Al-Quran. Seperti yang kita tahu, ayat - ayat Al-Quran adalah penawar kepada segala penyakit bukan?Salah satu daripadanya....


Petua Untuk Isteri sentiasa nampak cantik dimata suami..

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al- 
    Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

 2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya


credit encek FB


Selain daripada amalan - amalan kerohanian seperti tu, ditambahkan lagi dengan amalan - amalan pengambilan suplemen untuk kecantikan kulit maka akan berdouble dan bertriple la sentiasa cantik kaum isteri ni dimata suami.

Insya-Allah jika niat kita ikhlas untuk menjaga kecantikan kulit hanya untuk tatapan suami tercinta, Allah akan membantu kita dengan syarat kita berusaha.

Berminat untuk mencuba Set Skincare yang ada di blog ni???Boleh emailkan pertanyaan dan order anda kepada saya ya!
 
eida_102@yahoo.com

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger