Pages - Menu

Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Assalammualaikum…

Pagi tadi semasa tengah check kerja yang dibuat oleh student praktikal kat opis yang merupakan adik kepada BFF saya, Fajar sempat kami berborak tentang baby Fajar yang baru lahir. Ni pun gara – gara saya tengok gambar Baby Xarra kat Dekstop adik Fajar masa tengah discuss pasal design untuk  Annual Report  2012.

Saya pun masih belum berkesempatan nak melawat Baby Xarra ni sebab kekangan masa dan kerja – kerja kat opis ni kan?Kalau Fajar baca ni jenuh kena sembur macam la jauh sangat rumah kami tu…hehe…Sorry Ja ;p Borak punya borak so, terkeluar la soklan yang biasa saya tanya pada kawan – kawan tentang penyusuan baby.

Tak ramai orang yang boleh menyusukan bayi sepenuhnya menggunakan susu badan (ni ayat mak saya ye). Dan Fajar salah seorang daripadanya. Baby Xarra menyusu dengan campuran susu formula sebab susu badan mummy dia tak cukup untuk menampung Baby Xarra yang so kuat menyusu. Makcik – makcik saya pun ramai yang tak dapat fully breastfeed baby mereka sebab kekurangan susu.

Susu ibu adalah makanan  yang paling berkhasiat untuk bayi. Antara khasiat susu ibu yang memang tiada tandingannya :

·         Khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran baby dan perkembangan bagi memastikan baby membesar dengan sihat,

·         Mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi untuk  melindungi baby dari mendapat serangan jangkitan yang biasa dialami oleh baby yang  baru lahir

·         Sangat sesuai mengikut perkembangan bayi, tidak seperti susu formula - biasanya akan menyebabkan bayi cirit birit.

Penyusuan kepada baby juga bukan sahaja memberikan banyak kebaikan kepada baby malah ia juga memberikan 1001 kelebihan kepada para ibu..

·         Ibu yang menyusukan anak dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari sebab  sepanjang tempoh penyusuan ia sangat membantu ibu mengecutkan semula rahim selepas bersalin dan juga menjarakkan tempoh kehamilan secara semulajadi.

Jadi penyusuan kepada bayi sehingga berumur 2 tahun seperti yang telah disarankan dan di dalam Al-Quran juga ada disebutkan amatlah digalakkan kepada para ibu. Oleh itu, para ibu atau bakal menjadi ibu perlulah memastikan susu ibu mencukupi untuk baby nanti.

Oleh sebab itu persediaan penyusuan untuk baby bukan bermula selepas melahirkan malah sebelum hamil dan semasa kehamilan. Ia penting bagi memastikan susu ibu mencukupi untuk baby. Ibu yang ingin menyusukan baby harus bersedia bukan sahaja dari aspek fisiologi seperti jagaan pemakanan dan kesihatan tetapi persedian mental juga penting. Kedua-dua faktor ini adalah kritikal untuk memastikan kejayaan penyusuan ibu.

Ok…kepada bakal – bakal ibu dan para ibu kat sini saya nak berkongsi sedikit tentang nutrien – nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu dan perbezaan kadar keperluannya berbanding  ibu yang mengandung.

Nutrient:

1. Tenaga (kilokalori)
          Wanita Normal : 2000
          Wanita Mengandung : + 150 - 350
          Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
          Wanita Normal : 37
          Wanita Mengandung : + 13

          Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
          Wanita Normal : 450

          Wanita Mengandung : + 750
          Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
          Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
          Wanita Normal/ Mengandung : 750

          Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
          Wanita Normal : 2.5

          Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
          Wanita Normal : 0.8

          Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
          Wanita Normal : 1.2

          Wanita Mengandung : + 0.2
          Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
          Wanita Normal : 1.3

          Wanita Mengandung : + 2.3
          Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
  • Wanita Normal : 200
          Wanita Mengandung : + 200

          Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):
          Wanita Normal : 2.0

          Wanita Mengandung : + 1.0
          Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
          Wanita Normal : 30

          Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori.

Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang.

Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami penurunan  berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.

Biasanya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluaran susu.

Perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan.

Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh juga berdiet  dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.

Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.

Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.

Ibu yang menyusukan bayi perlu memastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang pada masa akan datang. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, sup kuah dan minuman lain.
credit


SO, tak susah kan untuk mendapatkan susu ibu dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti? Sebab tu bagi para ibu yang masih kurang susu saya cadangkan anda semua mencuba  SET PENYUSUAN SHAKLEE ni untuk memastikan susu ibu cukup untuk baby nanti dan baby pun cepat kenyang.



If berminat boleh email saya ya untuk dapatkan set ni dan saya akan consult anda semua cara pengambilan SET PENYUSUAN ni.

eida_102@yahoo.com
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger