Pages - Menu

Kasih Untuk AYAH~~~

Assalammualaikum...

The happiest day on Jumaat yang penuh barakah!Always the same feeling when I meet my lovely and dearest man that I love most in the world..the man that me bring to see the world since 25 years...MY AYAHDA (^_^)

Mesti pelik kan bila ada perasaan macam ni dengan ayah sendiri. YES!Saya selalu berdebar - debar tiap kali ayah call untuk jumpa. Dan saya selalu panggil pertemuan kami ni sebagai 'dating' dengan budak opis ni. So, mereka faham - faham sendiri la bila saya bagitau camtu..;p mesti lelaki yang jadi partner tu adalah ayah saya.

Thanx ayah!!!!Walaupun Kak Long nak besar, dah bertunang dan tak lama lagi akan terlepas dari tanggungjawab ayah, ayah masih ada untuk dengar celoteh Kak Long. Hari ni ayah datang jumpa Kak Long pun sebab mak bagutahu ayah Kak Long tak berapa sihat.(air mata dan mengalir okeh mase taip ayat ni) TQ ayah..Tu je yang mampu Kak Long ucapkan sebab ayah masih ingat kat Kak Long, anak ayah.

Dulu saya pernah membenci lelaki.Ya semua lelaki dek kerana hati insan yang paling - paling saya sayangi dicalari dan dirobek sedalamnya. Saya terlalu membenci lelaki! Dan saya juga pernah membenci ayah saya sendiri kerana itu! Saya pernah bertekad untuk tidak berkahwin kerana saya tak mampu untuk memandang mana - mana lelaki dengan perasaan sayang!

ALhamdulillah..Allah masih menyayangi saya. Dipertemukan Incik tunang dengan saya 6 tahun dulu merobohkan benteng hati saya yang begitu kuat membenci lelaki. Masih  membenci ayah saya walaupun saya sebenarnya tidak pasti adakah saya membenci ayah kerana sikapnya atau membenci ayah kerana dirinya.

Lama saya menyepi tidak bertanya khabar kepada ayah secara direct sebab rasa itu masih bertandang jauh di sudut hati walaupun mak dah pun memaafkan ayah. Mak tak pernah mengajar saya untuk membenci ayah, apatah lgi membuang ayah dari hidup kami..

Namun, anak mana yang mampu mempertahankan kebencian itu untuk selama - lamanya buat ayah yang dulu pernah menjadi hero dalam hidupnya???Yang tak pernah memarahi walaupun dia melakukan kesalahan??Yang tak pernah mengecewakan setiap permintaan anak - anaknya walaupun waktu itu dia tengah susah???Yang tak pernah melawan saat kemarahan anak ini membuak - buak keluar melalui kata - kata????Tapi...itulah dia. Itu AYAHDA saya.MAafkan Kak Long ayah..

Setiap kali hari lahirnya pasti saya akan hadiahkan Surah Yassin memohon kepada Yang Esa agar ayah kembali seperti dulu. Doa itu tak pernah putus!Kerana ego, saya seolah - olah tidak ambil peduli tentang ayah sedangkan sebenarnya saya ingin memluk ayah!Bercerita tentang kisah saya di U, kisah saya terlibat dengan sukan softbol dan macam - macam lagi. Tapi saya lebih memilih mempertahankan ego saya.

Kini, saat umur menginjak semakin dewasa, saat bermacam - macam dugaan yang telah saya lalui bersama - sama keluarga saya dan orang - orang yang tersayang saya, saya sedar. Dugaan dari kesilapan itu menjadikan kami anak - anak yang lebih berdikari!Tidak terlalu manja dan mampu untuk berdiri sendiri. Sebenarnya dugaan itu bukanlah untuk melemahkan, tetapi menguatkan dan menjadikan  kita seorang hamba yang lebih tabah!Lebih kuat untuk menempuh ranjau - ranjau hidup akan datang.

Terima kasih diatas pengajaran yang ayah berikan. Terima kasih diatas kasih sayang yang tak pernah bertepi. Dan saya sempat memohon kemaafan kepada ayah tadi diatas kata - kata saya dulu. Tapi ayah cakap.."Ayah dah maafkan along..Semua silap mak dan anak - anak ayah.Ayah tahu itu pun berpunca dari kesilapan ayah. Kalau tak anak - anak ayah tak buat macam tu"..My tears drop masa ni ;(

Terima kasih ayah...Sekarang baru Kak Long sedar. Kak Long tak mampu membenci ayah. Apatah lagi membuang ayah dari hidup Kak Long sebab lahir Kak Long didunia ni atas kasih sayang mak dan ayah. Syukur Ya Allah..Ayah semakin dekat dengan kami sejak Kak Long bertunang. Kak Long rasa ayah sentiasa ada je dengan Kak Long.

Terima kasih untuk segala - galanya AYAH!!!Terima Kasih..Terima KAsih Ayah...Kak Long SAYANG Ayah hingga akhir nyawa Kak Long..

Ya ALLAH...Kembalikanlah AYAH kami kepada kami..AMIN..AMIN...AMIN

Ayahnda saya..Walau siapa pun  dia, dia tetap ayah saya dunia  akhirat
love u so much DADDY!!Sori..Kak Long still manja macam dulu..Tak perasan la  ayah, Kak Long dah besar..
Ala, lagipun ayah yang layan Kak Long macam Kak Long kecik lagi kan?Ayah tak percaya Kak Long dah bertunang..


KASIH UNTUK AYAH TAK PERNAH BERPENGHUJUNG..BEGITU JUGA KASIH UNTUK MAK..DUA -DUA KAK LONG SAYANG SANGAT - SANGAT DAN KAK LONG TAK BOLEH HILANG SALAH SATU PUN..






***untuk awak Incik Tunang..Terima Kasih (^_^)




No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger