Pages - Menu

Fadhilat Mencium Anak~~

Assalammualaikum....

Kenapa sekarang banyak sangat di dada - dada akhbar berita tentang kes penderaan baby? Penderaan kanak - kanak??Kadang - kadang saya jadi tertanya - tanya apa guna melahirkan anak - anak itu andai untuk disakiti??

Kepada bakal - bakal ibu bapa dan ibu bapa sayangi dan hargai zuriat anda kerana ia merupakan anugerah dan amanah dari  ALLAH. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, semasa anak - anak masih kecil dan meningkat dewasa, selalu dan amalkan mencium anak. Dan anak - anak juga jangan lupa untuk mencium ibu bapa  ya!



Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan
mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


sumber 
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger