Pages - Menu

Berubah Kepada Yang Lebih Baik~~~

Assalammualaikum...

Rasa terpanggil untuk sharing satu kata - kata motivasi daripada Kak Salha Zain yang merupakan Dealer yang berjaya dalam Biz..Bizwoman Premium Beautiful..

Kadang - kadang kita hilang fokus dalam aktiviti dan kerja - kerja harian kan? Adakalanya kita sendiri tak tahu apa yang kita mahu, apa yang kita perlu dan apa yang kita inginkan?Namun apa yang pasti kita akan tetap berusaha mengejar dan terus mengejar tanpa rasa lelah untuk mendapatkan sesuatu dan mencapai impian kita bukan?

Pernah kita tanya diri kita apa yang kita mahu?(banyak yang kita mahu sebenarnya)Tapi bagaimana untuk mendapatkannya???Sebab apa kita mahu menggapainya???Pernah tak jawab soalan tu untuk diri sendiri???
Now, kita kita berubah!!Kepada yang lebih baik. Walaupun kita sempurna tapi kita berusaha untuk berubah menjadi lebih baik..

Allah juga telah berpesan dalam Al- Quran.. Aku tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka..Pernah dengar tak??

Jadi mari kta sama - sama berubah untuk mendapatkan yang terbaik dan memberikan yang terbaik..

Lebih banyak memberi dan kita akan menerima lebih banyak!!!INSYA-ALLAH...

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.



No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger