Pages - Menu

Jalan - Jalan Kluang

Assalammualaikum...

Salam Jumaat buat semua!!!!Alhamdulillah...Tamat sudah meeting pertama untuk hari ini dan petang nanti masih menanti satu lagi meeting untuk dihabiskan...

Minggu ni memang minggu yang sangat busy sebabnya saya perlu menyiapkan segala dokumen visa, paperwork,dan segala bagai yang berkaitan untuk lawatan opis saya ke Guoungzhou dan Shenzhen , China bermula 19hb - 23hb nanti..Memang sangat pack kan jadual bulan ni..(Alhamdulillah terpilih untuk menjejakkan kaki kali pertama ke negara orang..Semoga segalanya dipermudahkan..Amin3x)

Dan pagi tadi saya menyerahkan hadiah untuk adik angkat kesayangan saya yang akan konvo esok..Rasa bersalah sebab tak dapat nak tepati janji bersama- sama dengan dia masa hari bersejarah tu nanti..Puas jugak la memujuk bila dia mula menangis semalam. Mengadu takde semangat nak konvo..Haih..Dear...sori ok..Ada masa nanti akak datang sana ea..

Minggu lepas saya bertandang ke rumah fairus. Tujuan sebenarnya ada perkara yang perlu diselesaikan tapi nampaknya masih tiada rezeki saya pada hari tu. Dan untuk mengelakkan rasa bersedih hati, kami pun start la menjelajah shopping complex yang ada..hehehe..Dan setelah kepenatan kami sampai kat rumah pukul 11 lebih kot!ish3!!dah kembali semula ke zaman muda mudi dulu...huhu...

Esoknya dah susah nak bangun..Tapi saya kena balik jugak sebab hari Isnin kan hari bekerja..Yang paling bahagia kesemua buku-buku saya dah selamat berada ditangan. Sampai xmuat beg saya nak isi buku - buku tu semua.

Sebelum ke Kluang kami sempat singgah di Ekspo Hari Ladang ARB, MARDI Kluang..Memang best sangat2..Biasala kalau dah nama  budak agriculture, pantang nampak benda - benda berkaitan pertanian mula la gatal nak snap sana sini. Yang paling best budak agri dengan wedges pun relax ja masuk ladang kot!kekeke~~

Nak tau best ke tak?Tengok je la hasil kemeriahan kami disana..hehe






Comel kan budak kecik ni..Dia ni la yang bertanggungjawab mententeramkan hati saya..Dan dia semakin cantik sekarang..Tak Tipu!!!hehehe;p

Pic yang saya paling - paling suka sebab nampak saya kurus kot?hahaha(berangan ja la)



Cumil kan??



Tak sempat nak berposing lebih-lebih sebab lembu-lembu tu terlampau mesra..Dah melompat-lompat Cik Kecik ni...

The boy and the girl..Sangat sweet!!Macam betul - betul ada kat Ladang..Bravo la dik!


Ni la dia hasil penyoppingan saya...Sangat-sangat teruja nak menghabiskan tiap-tiap satu..Maceh Kecik!!


Suka suasana ni..Teringat ladang UPM


Hasil penyoppingan untuk bonda tersayang..


Dalam senyuman tersembunyi duka..Terlindungi rasa..

Kadang - kadang bersendiri itu perlu untuk menenangkan hati sendiri. Memberi ruang waktu memuhasabah diri.Menguatkan hati melalui apa jua yang tersembunyi dalam nyata. Travel adalah hobi yang sangat-sangat saya suka dan adakalanya travel bersendiri dengan kenderaan awam. Dan saya lebih suka naik bas!

Memang nampak agak merbahaya dan adventure sangat . Tapi bagi saya ini waktu saya muhasabah diri, mencari apa punca setiap yang berlaku, mencari jalan penyelesaian disebalik apa yang berlaku. Dari situ ketenangan itu seolah - olah hadir walaupun kadang-kadang saya sendiri tidak jumpa jawapan pada setiap yang berlaku.

Apa yang saya tahu, saya jadi lebih kuat. Lebih tenang setelah kembali dari travel tersebut. Dan ini la yang saya lakukan bila hati saya ditimpa rasa yang saya tak pasti untuk diluahkan..



****Sebenarnya travel kali ni lebih kepada membawa hati...Masih menunggu keputusan yang pasti... 

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger