Pages - Menu

Review Novel : KACA JENDELA AINNUR



Assalammualaikum...

saya nak berkongsi dengan semua reader tentang sebuah novel terbitan Jemari Seni yang membuatkan saya menangis teresak - esak pada hari Ahad yang lepas.

KACA JENDELA AINNUR buah tangan DIYA NORDIN yang saya kirimkan pada Cik Kecik semasa Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2011. Novel yang sungguh menyayat hati namun penuh dengan pengajaran.

Berkisarkan tentang Ainnur yang mencari kepastian tentang status dirinya. Ainnur menjadi mangsa kebencian ibu dan bapa kandungnya akibat kesilapan mereka ketika mengejar cita - cita dirantau orang. Ainnur yang tinggal bersama ibu dan bapa tirinya tidak pernah mengetahui kewujudan bapa kandungnya, tok mama dan tok baba.

Dek kerana terlalu lama memendam rasa, Ainnur membawa hati yang luka ke negara orang dengan alasan untuk menyambung pelajaran ketika ibunya baru sedar dari koma akibat kemalangan. Pemergian Ainnur menginsafkan semua terutama ibu dan bapa kandungnya.

Di negara orang Ainnur bertemu jodoh dengan sepupunya sendiri, Zharfan yang banyak membantu mengembalikan hati yang lembut miliknya dulu.

Diya menyelitkan kepentingan berdoa tanpa jemu, sentiasa menghormati dan menerima walau sejahat dan sekejam mana pun ibu bapa kita.


Novel ini begitu menginsafkan saya....
2 comments:
  1. saya harap cinta saya pada Ainnur Afiqah akan berkenalan... haha.. she is my love... tetapi kami terperangkap dalam trigle love.... (abang saudara dia) seh... hahha :'(

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger