Saturday, May 5, 2012

Review Novel : BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT

Views
Assalammualaikum..

Malam ni terasa rajin pulak nak me'review' novel -novel yang memang milik saya dan menjadi kegemaran saya.

BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT adalah buah tangan SYUD yang saya kirimkan jugak pada Cik Kecik masa Pesta Buku Antarabangsa yang lepas. Novel yang menjadi favourite saya dan sentiasa saya bawa jika outstation.

Saya tertarik dengan novel sejak kali pertama membaca tajuknya dan melihat cover novel ni. Cover novel yang sangat comel menggunakan warna - warna yang cerah dan ceria menggambarkan keceriaan SYUD semasa menhasilkan novel ni. Thumbs Up buat SYUD kerana menghasilkan novel yang sangat best ni!!!

Syud menggunakan bahasa yang santai, ayat yang mudah difahami dan tak memberatkan menyebabkan novel ni menjadi pilihan saat tension mula menguasai diri sebab dengan bacaan novel ni saya boleh tergelak sorang - sorang dan tersenyum sorang - sorang. hehehe...

BMHS mengisahkan Wardah dan Mohammad Firas Adam Bin Mohamad Iskandar yang berkenalan kerana sebuah novel 'Nyanyian Tanjung Sepi".

Wardah meminta pertolongan Firas untuk berlakon sebagai 'kawan' nya bagi mengelakkan mama Wardah menjodohkan Wardah dengan ILham walaupun Ilham begitu sempurna dimata Wardah. Lakonan menjadi realiti bila hati masing -masing dah terpaut tapi tak nak mengakui.

Firas mula menjauhkan diri apabila terlihat kemesraan Wardah dengan Abang Hannan ketika pergi ke kenduri kesyukuran di rumah Wardah. Firas tak faham kenapa hatinya rasa sakit sangat bila tengok kemesraan tu.

Wardah mula pelik dengan gelagat Firas sehingga lah Wardah ternampak Firas bertemu Najla ( ex girlfriend Firas masa zaman belajar dulu-dulu). Wardah nekad untuk menghentikan segala lakonan kerana hatinya mula tersentuh dengan rasa itu....

Kalau dah jodoh...takkan ke mana...Perasaan masing - masing terungkai dek kerana Firas dimasukkan ke wad akibat demam denggi sedangkan Wardah menyangka Firas terlibat dengan kemalangan. Akhirnya mereka bersatu dengan ikatan pernikahan.

Wardah dan Firas sangat comel!!!

Wardah :"Haah. Dah buat ayat Jepun macam tu."
Firas : "Ayat Jepun apa pulak? Vocab you ni comel la. Macam - macam."






Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...