Pages - Menu

KERANA MARAH



Assalammualikum semua....

Kadang-kadang kita marah tak bertempat sehingga kita x sedar yang kita dah lukakan hati orang lain..Bila kita sedar, kita rasa cukup menyesal tetapi kita tetap akan ulang perkara yang sama. Sebabnya........kita x penah cuba untuk bersabar walaupun kita kata kita sabar.

Saya nak kongsikan satu cerita yang saya pernah baca.

"Ada seorang pemuda yang kuat marah. Pantang ada silap walaupun sikit semua orang diamuknya sehingga menyebabkan ramai yang terasa tapi buat2 macam xde pape jadi..

Sehingga satu hari pemuda ini berjumpa si ayah untuk mencari jalan keluar dari masalah itu. si ayah memberitahu..."setiap kali kamu marah, lampiaskan kemarahan kamu pada dinding pagar rumah kita dengan memaku dinding tersebut.."

Semenjak itu, setiap kali dia nak marah, dia mesti memaku pagar tersebut sehingga penuh paku pada dinding pagar. Stelah sekian lama pemuda tersebut merasakan dia telah mampu untuk mengawal marahnya. lalu dia memberitahu si ayah..

Si ayah berkata" Cabut 1 paku setiap kali kamu berjaya mengawal kemarahan kamu.." Pemuda itu menurut. Hari demi hari dia semakin kurang marah dan akhirnya dia berjaya mengawal kemarahan.

Lalu si anak memberitahu si ayah dengan perasaan yang sangat gembira. Si ayah hanya tersenyum.."Cuba kamu lihat dinding tu?Kesan paku yang kamu cabut masih ada kan? Begitulah hati orang2 yang kamu marah, yang kamu lampiaskan kemarahan kepada mereka. Walaupun mereka tersenyum, hati mereka terguris dan sukar untuk menghilangkan kesannya."

Pemuda tersebut cukup menyesal dan berjanji untuk tidak marah lagi kerana hati yang telah dilukakan adalah hati mereka yang menyayanginya.."


Kita kadang x sedar bila kita tengah marah..Stress kebanyakkan punca kita jadi seorang y pemarah..Jom kita sama-sama kawal kemarahan sebab kemarahan adalah bisikan SYAITAN..

****renung2kan quote kat atas tu ye..(^_^)


No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger