Tuesday, October 18, 2011

Kejamnya Manusia...

Views
Assalammualaikum...

Hari ni terpampang dalam berita kisah seorang bayi yang baru dilahirkan dikelar oleh ibunya sendiri. Ya Allah! Di mana perikemanusiaan manusia zaman sekarang????

Tak sanggup rasanya saya nak tengok gambar bayi yang telah meninggal dunia tu. Ramai yang upload gambar tu kat FB tp sungguh saya takut sangat nak tengok sampai la jap tadi saya buka dan tengok dengan ibu saya.

Sungguh saya terdiam..terfikir dimanakah rasa perikemanusiaan manusia sekarang? Pembunuhan berleluasa bagaikan nyawa tu senang untuk di jual beli.
Andai tiada rasa sayang, x usah dijatuhkan hukuman pada yang x berdosa. Pada sekecil yang tak tahu apa-apa. Bukan mereka pinta untuk dilahirkan dalam keadaan dunia yang tak kenal erti kemanusiaan dan kasih sayang yang sebenar.

Nyawa adalah pemberian Allah yang paling berharga. Hargai lah semasa kita masih diberi nafas untuk merasai setiap nikmat pemberianNYA..

Mari kita ambil iktibar diatas apa yang telah terjadi.

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat si kecil tersebut..AL-FATIHAH

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...