Pages - Menu

FIKIR SAHAJA APA Y KITA MAHU!

Assalammualaikum...

Saya nak berkongsi satu artikel yang saya dapat masa dok belek2 page ILUVISLAM tadi..tentang sentiasa BERFIKIRAN POSITIF!

Jom kita sama-sama baca..=D

Baru-baru ini, saya bertemu dengan Dr. Khairil, jiran lama. Banyak yang kami perbualkan. Sambil bertanya mengenai kliniknya di Seremban, saya berkata, selepas raya tentulah kliniknya didatangi ramai pesakit. Sambil mengiyakan, dia menjawab ramai yang datang mengadu batuk, selsema, demam dan cirit-birit. Pesakit-pesakit yang serius tidaklah ramai, tetapi kalau ada biasanya kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kes jantung dan darah tinggi.

Menurut Dr. Khairil lagi, dari kalangan pesakitnya, terdapat juga mereka yang sebenarnya tidak sakit, tetapi berfikir yang mereka sakit. Mereka adalah pesakit yang datang berulang-kali ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama. Biasanya, mereka mengadu pening kepala dan sakit-sakit badan. Untuk mereka ini, saya akan bertanya satu soalan yang boleh membuatkan mereka jarang datang ke kliniknya lagi kerana sudah hilang sakit!

Kata Dr. Khairil, "Untuk mereka ini, saya akan bertanya mereka... 'kenapa datang ke klinik saya?' Jawapan lazim mereka ialah, 'sebab saya hendak ubati penyakit.' Kepada mereka ini, saya akan tegur supaya memperbetul jawapan mereka. Ubah sahaja jawapan daripada 'saya hendak ubati penyakit' kepada 'saya hendak sihat.' Itu sahaja."

"Walaupun tujuan mereka datang ke klinik saya adalah sama, tetapi terdapat perbezaan jawapan yang benar-benar membantu seseorang itu bukan sahaja berfikiran positif, malah bersemangat. Jawapan 'saya hendak ubati penyakit' bertujuan positif tetapi memfokus kepada unsur yang negatif iaitu 'penyakit.' Sedangkan jawapan 'saya hendak sihat' hanya memfokus kepada yang positif semata-mata."

"Biasanya pesakit begini tidak datang lagi ke klinik saya. Kalau terserempak di tepi jalan, mereka memberitahu saya yang mereka sudah tidak sakit lagi kerana bukan sahaja mereka berfikiran positif, tetapi memfokus kepada yang positif semata-mata."

Sebelum berpisah, Dr. Khairil memberikan pandangan yang penting untuk renungan kita bersama. Katanya, pada hari ini, kita di kelilingi terlalu banyak perkataan-perkataan dan perkara yang berunsur negatif, sehinggakan kita menjadi suka kepada perkara-perkara yang buruk.

Ucapan itu doa. Kerana itulah, pandangan, fikiran, bacaan dan perlakuan kita sepatutnya hanya yang positif.

Untuk benar-benar berjaya,
kita kena fikir sahaja apa yang kita mahu,
bukannya apa yang kita tidak mahu.

jom kita sama-sama amalkan.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF!

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger