Pages - Menu

FELDA RESIDENCE-TANJUNG LEMAN






Assalammualaikum...

Hari ni pagi2 lagi dah bersemangat nak update blog. Ni gara-gara malam tadi x sempat nak update sebab sampai rumah dah pukul 9 malam. Baru je nak berblogging kawan mak lak ajak OVERNIGHT.

Jangan terkejut..kat kampung pun ade orang overnight tapi kat kedai kopi je la. Keluar tepat2 pukul 12.00 malam balik pukul 1.00 pagi. Borak2 ngan mak pasal itu ini, terus je masuk tido..



Semalam saya ke Tanjung Leman sebab nak survey tempat untuk Family Day opis. Kejadian yang x dirancang pun sebenarnya. Memang penyelia saya ada bagitahu nak pergi survey tapi ingatkan pegi hari bekerja.

Dia call saya pukul 4.00 petang dan terus suruh siap2. lepas Asar kitaorg gerak. Saya memang x kisah la sebab saya memang suka bab2 berjalan2 ni..hee~~ ;p

Sampai kat Tanjung Leman, Tenggaroh kami pun start survey semua resort and hotel yang ada. Memang best! tempat yang saya paling2 suka sebab dekat ngan laut. Tenang sangat2.

Walaupun sampai sana hari dah hampir gelap, sempat gak la tengok matahari terbenam. Cantik! Tapi rugi sebab xdapat ambik gambar coz my handphone suka buat perangai saat2 nk merakam detik-detik indah camtu...(ayat power tu!)

Bos nak tempat yang cantik, bilik yang banyak sebab kali ni Femli Day lebih ramai penyertaan dari yang lepas dan bos nak semua aktiviti pihak resort atau hotel yang arrange kan..

Bagi memenuhi permintaan bos kami itu, kami pun tanpa jemu la membuat survey..Dan tempat terakhir yang kami survey adalah FELDA RESIDENCE
HOTEL. Perkataan yang pertama terkeluar dari mulut kami(bukan saya seorang je ok)WOW!!CANTIK SANGAT!!!

Sebelum saya cite2 lagi panjang jom kita layan gambar ni dulu..

view hotel


pantai kat belakang hotel..(memang cantik!!)

kolam renang kat tengah2 hotel



Orang kata, gambar boleh menipu kan? tp tidak pada tempat ni..seriuosly mmg sangat2 cantik!harganya pun berpatutan sangat..memang sesuai untuk adakan Family Day sebab pihak hotel ada sediakan pakej semua.

Untuk honeymoon pun ok, untuk bercuti bersama keluarga amat2 la di 'suggest'kan sangat. nak tau lebih lanjut leh view page ni FELDA RESIDENCE

Kami dah round seluruh tempat cuma xdapat masuk bilik je sebab semua bilik penuh.Show room pun penuh. Jadi kami tengok dalam gambar je la keadaan bilik2 tu.

Berita sedihnye pulak semua bilik dah fully booked sampai akhir bulan 12. yang tinggal cuma 29 Oktober ni je dan hari2 bekerja.untuk hujung minggu memang xde la. Terus call bos gtau sebab bos memang nak buat kat tempat ni. Then bos cakap jumpa hari isnin nanti..ok la bos.tp saya memang nak buat kat tempat ni!please bos..huhu

dah penat survey, kami pegi makan KFC kat Jeti Pulau Sibu. Makan KFC tepi laut tu..memang romantik la..hehehe..tapi kami berempat tau!Thanx to Ina, Azrin dan our driver merangkap saya punye penyelia- Zam.

**jejak kasih jap kt HOTEL RESIDENCE..saya jumpa dengan my junior sekolah menegah dulu yang keje kat situ..UMMI ASMA- semakin cantik adik yang sorang tu skrg ni...=D


2 comments:
  1. hehehe..dia terkejut jmpe saye la umi..sia salah panggil nama lg..dia panggil saya kak yati..hehehe;p

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger