Pages - Menu





21012011 (saya suka sangat dengan tarikh ni..hee~~)

Diam x diam, tanpa kita sedar, tanpa kita perasan umur kita semakin meningkat. Awak dah mengorak satu lagi langkah dalam pertambahan umur awak..dan pertambahan umur ini juga adalah bermakna peningkatan kematangan dlam diri awak..

Awak yang saya kenali 13 tahun dulu sentiasa bertindak matang, sentiasa mempamerkan sifat caring awak yang membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali awak sentiasa berasa selesa dan dihargai bila bersama awak. Dan hingga ke hari ni, awak masih dengan sikap awak yang dulu..

Awak tak pernah menunjukkan rasa sedih pada sesiapa. Awak cuba lalui semuanya dengan tabah. Awak cuba tersenyum walaupun awak terpaksa menyembunyikan setiap luka dihati awak..Pada awak, biarlah awak mengorbankan diri awak asal orang lain boleh mengecap bahagia.

Awak yang saya kenal dulu, sangat lembut, suka tersenyum tapi tegas! Bila awak kata awak tak suka sesuatu, awak nekad. Awak takkan sekali-kali berpaling lagi..dan sikap itu kekal hingga ke hari ini.

Dulu, awak suka melukis. Awak juga suka menulis. Dan mungkin awak tak tahu,dulu saya jatuh cinta dengan lukisan dan tulisan awak. Hehehe…Walaupun hanya sebahagian saja yang saya tahu..saya kenal awak pun dengan lukisan-lukisan awak juga kn? Waktu saya tgk lukisan awak tu, mmg terpegun sangat. Lukisan awak lebih cantik dari lukisan saya..saya cemburu tau! Kerek betul mamat ni!mcm la aku xleh lukis macam dia..tp dalam hati je la kn..hehe

Awak nak tau sesuatu x? dahi awak berkerut setiap kali awak marah,(bila awak marah sila tgk cermin ye!hehehe;p) jadi mulai hari lahir awak hari ni, xmo dah marah – marah. Xmo dah runsing – runsing. Saya nak awak sentiasa senyum macam dulu. Sebab bila awak senyum, awak Nampak lagi sweet, lagi comel tau! Saya suka tgk senyuman awak..=)

Dan senyuman awak tu jugak la boleh legakan hati orang lain dan hilangkan masalah orang lain. Dan dari situ jugak, hati awak lebih tenang . sila tambahkan senyuman awak mulai hari ini ye?

Awak selalu buat saya menagis. Awak suka usik saya. Awak suka cakap lepas dengan saya. Tapi awak jugak yang selalu memujuk saya, awak yang selalu berikan kata – kata perangsang melalui cabaran – cabaran awak yang kadang – kadang buat saya kecik ati! But honestly, disebabkan cabaran awak saya menjadi seorang y lbh baik. Thanx a lot!=) dan awak juga yang selalu buat saya tersenyum sepanjang masa..

Pada hari lahir awak hari ini, saya nak mintak maaf sebab saya takde hadiah istimewa nak bagi kat awak sebab delivery hadiah tu memakan masa..DIA sahaja yang mengetahui hadiahnya dan masa delivery tu sampai. Jadi, saya harap awak akan bersabar ye.

SELAMAT HARI LAHIR Y KE 24 TAHUN..
SMGA KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN SENTIASA BERSAMA-SAMA AWAK...AMIN(^_^)
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger