Pages - Menu

~ BIARKAN AKU PERGI...~

“She’s da one in his heart...and no one can have it!!!”

Dila kebuntuan. Sawah yang luas terbentang direnung seluas saujana yang memandang. Dia terkesima. Fikirannya bercelaru. Pemergiannya ke negeri yang sentiasa memberikan ketenangan untuk dirinya setiap kali dia dibelenggu masalah kali ini adalah untuk mencari sebuah jawapan untuk hati yang telah sekian lama dibiarkan sepi tanpa jawapan yang pasti.

Dila berjalan menyusuri batas – batas sawah. Sesekali matanya menangkap gelagat anak – anak kampung yang riang bermain sesama mereka.

Alangkahnya bahagianya menjadi kanak – kanak semula. Dia bermonolog sendiri. Akhirnya hanya sebuah keluhan yang mampu dilepaskan. Terasa sesak dadanya menahan setiap butir bicara yang perlu diluahkan. Air mata telah kering untuk dialirkan. Hatinya kosong. Seiring dengan pandangan yang dia sendiri tak mampu untuk mentafsirkan.

“Fariz, Dila ke Kedah. Mak dan ayah ajak blik umah atok ngn tok bah. Pape nnt Dila bgtau. Take care k.”

Dila menekan butang send dan handphone SE yang sentiasa menjadi peneman setianya di offkan tanpa menunggu balasan kerana dia tau setiap sms yang dikirimnya akan dibiarkan sepi.

Dia melontar kembali pandanganya ke arah sawah padi yang luas terbentang. Kehijauan yang begitu mendamaikan berhasil untuk menenangkan hatinya walau seketika cuma.

“Fariz tak pernah salahkan Dila. Cuma Fariz tak mampu untuk melupakan Zati walaupun telah bertahun kita bersama. Fariz cuba untuk sayangkan Dila dan Fariz berjaya. Fariz sayangkan Dila. Sayang sangat. Tapi Fariz tak mampu untuk mencintai Dila kerana cinta Fariz hanya ntuk Zati dan tiada siapa yang menggantikan tempat Zati dihati Fariz.”

Dia tidak pernah melupakan baris – baris ayat yang tersusun rapi itu kali terakhir pertemuan antara mereka. Dan kata – kata itu seringkali berlegar –legar di ruang fikiran dalam jaga atau lena.

Dila menerima kata – kata yang diluahkan itu setenang yang mungkin. Tidak sedikit pun terpancar riak sedih atau kecewa dengan perkhabaran yang diterima. Walaupun dihati bagai tertusuk sembilu, Dila berdoa agar air matanya tidak tumpah disitu.

Dia tidak mahu mengharap belas dengan airmata perempuannya. Dia tidak mahu lahirnya cinta kerana perasaan yang hadir dek kerana kasihan dengan air mata yang tumpah. Baginya cinta tidk boleh dipaksa. Dia rela mengundur diri andai itu yang lebih membahagiakan orang yang paling dicintainya.

“Dila faham Fariz. Dan Dila pun tak salahkan Fariz. Soal hati dan perasaan amat payah untuk kita fahami. Kini keputusan di tangan Fariz. Dila nak Fariz fikirkan perasaan Fariz. Untuk kali ini, cukuplah Fariz mendahulukan orang lain,” Dila memandang Fariz.

“Tapi Fariz tak nak kehilangan Dila,” Fariz membalas renungan wanita yang terlalu banyak bersabar dengan setiap kerenahnya itu.

“Dila tak ke mana – mana Fariz. Dila tetap ada jika Fariz perlukan Dila. Cuma Dila nak Fariz buat keputusan yang terbaik untuk Fariz dan untuk kita semua. Dila tahu Fariz tak semudah itu untuk mengalah kan?” Dia cuba menutup sesak yang mula mencengkam dada.


Mereka membawa haluan masing – masing setibanya di tempat letak kereta. Faiz menatap mata Dila mencari sebuah kepastian. Dia terkesima dengan ketenangan yang dipamerkan oleh Dila.

Dila seorang wanita yang pernah singgah dihatinya dan menjadi satu – satunya wanita yang paling dicintainya. Namun, panas yang disangka hingga ke petang, bersilih ganti dengan hujan yang mencurah. Dia ditinggalkan tanpa sebarang pesan dan akhirnya Zati satu – satunya wanita yang berjaya membuatkan dia mampu untuk bercinta semula.

Zati tidak pernah jemu bertandang untuk menambat hatinya walaupun tika itu hatinya begitu teguh dengan cinta Dila. Namun, Zati seorang wanita yang manja dan terlalu memahami dan akhirnya Zati berjaya mencuri hatinya yang dulu milik Dila.

Saat itu dia telah berjanji bahawa Zati adalah cinta akhirnya. Tiada cinta lagi selepas ini. Dia melayari hari – hari yang penuh bahagia bersama Zati. Bergelak ketawa, merajuk, bersantai, menulis bersama – sama, belajar tentang kehidupan, belajar tentang keikhlasan dan segala – galanya dilakukan bersama.

“Riz...Zati ada sesuatu yang nak Zati cakapkan pada Riz,” suatu petang ketika mereka keluar bersama – sama di Taman Botani.

“Apa dia Sayang?” Fariz tak lekang engan senyuman menumpukan sepenuh perhatian kepada Zati.

“Apa perasaan Riz kalau orang yang Riz sayang menipu Riz?” Zati cuba menduga. Dia benar – benar takut akan natijah yang akan datang setelah kebenaran ini dibongkar.

“Emm....manusia tak pernah sempurna sayang..Andai kesalahan itu boleh dimaafkan apa salahnya memaafkan? Kemaafan itu yang membuatkan kita lebih tenang. Kenapa ni?”fariz tersenyum lagi.

Lama Zati terdiam. Mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang terpendam setelah 2 tahun dia merahsiakan perkara yang sebenar. Cinta yang dilimpahkan oleh Fariz membuatkan dia terleka dan terlupa yang dirinya milik orang lain.

“Riz...,”dalam kepayahan Zati mengumpul kekuatan untuk bersuara.

“Sebenarnya ada orang lain selain Riz dalam hati Zati. Zati kenal dia lebih awal dari Riz. Masa tu Zati baru habis SPM dan sekarang kami masih lagi bersama. Dia dah kenal semua ahli keluarga Zati dan keluarga Zati pun senang dengan kehadiran dia,” Zati memandang fariz dengan mata yang mula berkaca – kaca.

Fariz terdiam. Hatinya bagai tertusk sembilu. Dia terkesima untuk kesekian kalinya. Mengapa ujian seperti ini hadir saat dia sedang mengecap bahagia yang didamba selama ini?

Dia meraup muka. Cuba mencari secangkir ketenangan dengan perkhabaran yang dirasakan bagai bom yang menghancurkan Bumi Gaza. Lama dia berkeadaan begitu. Zati hanya membatu. Tiada sepatah kata yang mampu diluahkan untuk memujuk buah hatinya itu.

“Kenapa Zati cari Riz dulu? Kenapa Zati tak bagitahu perkara sebenar masa mula – mula kita kenal dulu?”Fariz merenung Zati.

“It’s complicated Riz...Dulu Zati rasa dia tak pernah sayangkan Zati. Dia tak pernah cintakan Zati. Tak pernah ambil berat tentang diri Zati. Tapi Zati bertahan sebab family Zati suka sangat dengan dia. Tapi sekarang Zati dah buat keputusan untuk memilih family Zati daripada memikirkan hati Zati sendiri. Zati sayangkan family Zati lebih dari segala – galanya,”air mata Zati mula jatuh.

“Zati tak cintakan Riz?”Fariz inginkan kepastian.

“Riz...Jangan diungkit tentang cinta sebab cinta dan sayang Zati pada Riz melebihi cinta dan sayang Zati pada dia. Tapi Zati lebih mengutamakan keluarga. Apa yangterbaik bagi keluarga Zati, itulah yang terbaik bagi Zati. Riz adalah orang yang paling Zati cinta dan sayang. Yang paling tahu untuk memujuk Zati ketika Zati merajuk. Yang paling dekat dengan Zati ketika Zati sedang sedih. Dia tak pernah buat apa yang Riz pernah buat pada Zati. Zati sayangkan Riz. Terlalu sayang. Tiada kata yang mampu Zati ungkap untuk menzahirkan cinta dan sayang Zati pada Riz,”air matanya semakin laju menuruni pipi.

Fariz mendengar dengan hati yang kosong. Cinta hatinya akan dilepaskan pergi untuk kali kedua. Dia benar – benar merasakan yang dirinya tidak layak untuk hidup bahagia.



Sakit! Dila benar – benar sakit. Hatinya terguris. Pedihnya bagai tertusuk sembilu. Torehan yang tidak mengeluarkan walau setitis pun darah merekah tanpa tanda untuk sembuh. Tiada air mata lagi yang mampu keluar tatkala dia menerima perkhabaran itu.

Perkhabaran yang telah sekian lama di jangka akan terjadi akhirnya terjadi jua. Sedari awal dia pasrah. Dia tahu Fariz tetap dengan pilihan hatinya. Fariz terlalu mencintai Zati. Kebenaran yang tak pernah disangkal dan tak sedikit pun akan berubah.

Dila tahu dia tak perlu bersedih di atas perkhabaran itu kerana janji telah terpatri bahawa dia akan melepaskan Fariz pergi andai Fariz benar – benar menemui cinta hatinya. Bukan dia tidak cinta, bukan dia tidak sayang. Tapi disebabkan cinta dan sayang yang sangat mendalam terhadap lelaki itu dia redha lelaki itu pergi darinya.
Mencintai tak beerti memiliki!

Kehadirannya seketika cuma disisi Fariz hanyalah sebagai sahabat. Tempat untuk Fariz mencurah rasa walaupun adakalanya Fariz menunjukkan layanan seperti sepasang kekasih. Namun dia mengerti hati Fariz. Bukan mudah untuk menipu hati sendiri.
Walaupun terlalu keras usaha yang ditunjukkan, semakin jelas kejanggalan dan keterpaksaan yang ditunjukkan walaupun sedaya upaya ditutup.

Dila dah terlalu lama menyedari. Namun entah mengapa hatinya begitu berat untuk pergi meninggalkan Fariz bersendiri melalui derita itu. Dia tidak sanggup melihat lelaki yang dicintainya itu bersedih sepanjang masa. Akhirnya dia memutuskan untuk berkorban demi lelaki itu.

“Jangan jadi bodoh Dila. Kau boleh pergi kalau kau nak. Kenapa mesti kau sakitkan hati kau sendiri dengan menunggu dia?” kemarahan Atilia meledak selepas Atilia secara tidak sengaja terserempak dengan Fariz dan Zati semalam.

“Lia...Kau kenal aku kan? Kau tahu setiap yang aku buat ada sebab – sebab tersendiri. Cuma kali ini aku tak mampu lagi untuk memberitahu sebabnya,” datar suara Dila. Atilia adalah sahabat, teman, guru, kaunselor dan sebagainya sejak dizaman belajar lagi.

Bersyukur tidak terhingga apabila mereka tinggal bersama setelah mempunyai kerjaya masing – masing. apa sahaja tentang dirinya dalam pengetahuan Atilia dan apa sahaja tentang Atilia dalam pengetahuannya.

“Dila....Dah berapa kali aku nasihatkan kau? Aku tahu kau sayang sangat kat Fariz. Tapi kau tak layak dilayan sebegini. Kau ada hak kau Dila. Kau tak perlu terus menerus sakitkan hati kau sendiri. Kau jangan ingat kau berlagak tenang depan aku, aku tak tahu gejolak di hati kau? Kau silap Dila. Aku turut sakit bila tengok kau macam ni. Aku tak sanggup!” kemarahan Atilia semakin berkurangan. Seingatnya belum pernah mereka bergaduh sebegini kerana mana – mana lelaki. Namun kali ni dia tak berdaya menahan rasa hati melihat Dila diperlakukan sebegitu rupa.

“ Lia. Aku bukan nak sakitkan hati aku. Kau akan tahu sebabnya suatu hari nanti. Cuma yang aku harapkan kau jangan salah sangka dengan Fariz dan fahami keadaan aku. Aku perlukan kau disisi aku untuk menyokong aku sebab aku tak mungkin akan kuat seperti sekarang kalau kau tiada dengan aku sekarang ni,” Dila masih tenang menutur kata.

“Dila. Aku faham perasaan kau. Tapi cinta tak membawa apa – apa makna andai hanya kau yang bersungguh – sungguh mempertahankan sedangkan Fariz? Yang menjeruk perasaan setiap masa adalah kau. Kau yang membiarkan diri kau disakiti,” kemarahan Atilia mula menurun. Dia terasa bersalah. Belum pernah mereka bergaduh sebab mana – mana lelaki kerana dia tahu hati sahabatnya yang satu ni.

“Lia. Terima kasih sangat atas nasihat kau. Aku sangat menghargainya. Tapi berilah aku aku peluang untuk aku membukakan pintu hatinya untuk aku,”Dila masih tenang menutur kata. Tanpa sebarang riak kemarahan yang bertamu.

Cuma yang pasti air jernih mula bertakung ditubir mata gadis itu. Atilia melepaskan sebuah keluhan. Dia amat lemah dengan air mata gadis ini. Degil! Atilia hanya menggumam di dalam hati.

“Dila..” tubuh genit itu dipeluk. Dila menangis semahu – mahunya. Dia tahu. Hanya Atilia yang memahami. Sangat memahami gejolak di dadanya tika itu.

“Aku akan cuba terima. Tapi tolonglah. Kalau ada apa – apa yang perlu kau kongsi, bagitahu aku. Aku tahu kau tak larat nak tanggung semuanya sendiri’”tangan Atilia mengelus lembut rambut Dila.

“Terima kasih Lia! Bertuah sungguh aku ada kawan macam kau ni,” sebuah ciuman singgah di pipi Atilia. Atilia membiarkan Dila bermanja. Memang itulah sifatnya sedari dulu yang membuatkan Atilia sangat risau akan keadaan dirinya.

“Dah! Dah! Jangan nak membodek aku pulak. Macam budak – budak. Pi tengok kat cermin muka kau tu cantik ke tidak bila menangis,” Atilia mula mengusik.

“Lia! Kau jahat!” pecah deraian tawa mereka berdua.

Dan cerita itu tamat di situ. Tanpa tanda noktah. Titik.



3 tahun lamanya berada di sisi seorang lelaki bernama Fariz Rizwan mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Belajar memahami sikap seorang lelaki yang sukar untuk ditafsirkan dan sentiasa berubah. Semakin dia cuba untuk mendalami semakin dia tidak memahami.

Adakalnya Fariz menunjukkan dia adalah satu – satunya dan akan sentiasa bersama – samanya. Adakalanya yang di terima hanyalah kecewa apabila langsung tidak di endahkan walaupun berada di depan mata.adakalanya Fariz melayani dirinya seperti Fariz melayani Zati.

Dan akhirnya.....................Dila membuat keputusan. Tiada langsung tempat dihati Fariz untuk dirinya. Dia tersenyum sendiri. Bukankah mencintai itu tak beerti memilki? Yang pertama itu tidak semestinya kekal selamanya. Dia akur dengan takdir yang tersurat untuk dirinya.

“Assalammualaikum, Fariz.” Dila mengukir senyum menyapa pasangan yang sedari tadi diperhatikan begitu mesra memilih pakaian. Gelak tawa dan kegembiraan yang terpancar di wajah keduanya cukup untuk mentafsirkan apa yang berlaku.

Zati yang berada di sisi Fariz memandang Dila dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Ni mesti Zati kan?” Dila menghulur tangan dan Zati menyambutnya seketika. Dila tersenyum.

“ Kita tak pernah jumpa tapi pernah bercakap di telefon dulu. Saya, Dila. Kawan Fariz,” Dila menutur dengan tenang. Fariz terkedu. Dila?

“Macam mana awak kenal saya? Awak kan girlfriend Fariz dulu?” Zati sudah mula kurang selesa. Dia sangat terancam dengan gadis yang berada dihadapannya kini. Kerana gadis ini dia berusaha gigih untuk mendapatkan hati Fariz.

“Itu cerita lama Zati. Kami dah tak pernah ada apa – apa pun. Dah terlalu lama cerita tu berlalu. Lagipun sekarang fariz dah jumpa cinta hati dia yang sebenar kan?” Dila hanya tersenyum. Dia tidak akan mendedahkan tentang mereka kepada Zati kerana dia tahu Fariz tidak pernah menceritakan tentang kewujudan dirinya pada Zati.

“Tak pe lah Zati. Saya minta diri dulu. Semoga berbahagia. Jangan lupa jemput saya nanti,”Dila mengundur diri selepas bersalaman dengan Zati.

Fariz terkedu. Dila sanggup berkorban sebegitu rupa untuk dirinya? Hatinya dipagut pilu. Rasa bersalah menjalar disegenap pembuluh darahnya. Diam Fariz menimbulkan curiga dihati Zati.

“Kenapa dengan Fariz ni? Teringat kisah lama dengan dia ke?”Zati menarik muka.

“Tak lah sayang. Fariz Cuma terkejut jumpa dia kat sini,” Fariz berusaha menutup gejolak di dadanya. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Dila pergi tanpa sebarang riak marah diwajah. Riak sindiran juga tidak terukir pada setiap kata – katanya.

Berdosa kah aku memperlakukan hati seorang wanita seperti itu? Fariz menemui jalan buntu. Antara kasihnya pada Dila dan cintanya pada Zati. Dila, seorang gadis yang cukup sempurna dimatanya. Tidak ada kecacatan yang dapat dicari namun Zati lebih dicintai menyebabkan terhijab terus kewujudan Dila.

Dia sedar dia sedang bermain dengan api. Api itu sedang marak menjulang tinggi. Semakin marak julangan api itu, semakin kuat keinginannya untuk memiliki Zati. Zati, wanita yang tidak mampu di miliki atas sebab keluarga Zati lebih menyukai buah hati Zati. Lelaki yang menjadi ancaman besar buat dirinya.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.




“Ya Allah..Berikanlah hambaMU ni kekuatan untuk menempuh dugaan yang telah Engkau datangkan ini, Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini tiada daya lagi untuk menghadapinya. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Amin Ya Rabbal ‘Alamin,” dua tapak tangan yang putih bersih itu diraupkan ke wajah.

Dila berteleku lama di atas sejadah. Air mata tidak berhenti mengalir membasahi wajahnya tatkala dahinya menyentuh sejadah. Malam itu dia mengadu sepuasnya. Dia merintih, mengharapkan sebuah ketenangan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.

Dia tahu tidak wajar menitiskan air mata kerana sebuah kisah cinta, namun apalah daya seorang hamba yang lemah sepertinya. Air mata yang dibendung sekian lama dibiarkan mengalir tanpa sebarang halangan. Diluahkan segala yang terbuku kepada Maha Pencipta. Sesak dan sebak bergabung menjadi satu dan dia terdampar di daerah sepi mencari sesuatu yang tak pasti.

Pantas helaian Al –Quran comel yang bersalut warna biru tua itu diselak. Surah Yasin dibacanya dengan penuh ketenangan. Alunan suaranya adakala terhenti menahan tangis. Sungguh! Dia semakin tenang selepas mengakhiri bacaan surah itu. Al – Quran comel itu dikucup dan dibawa ke dada. Matanya dirapatkan. Dia dapat merasai ketenangan yang menjalari namun entah dari mana wajah Fariz jua hadir bersama – sama ketenangan itu.

“Tok, Dila nak tanya sikit la tok,” Dila duduk berhadapan neneknya.

“Apa dia? Macam besar sangat je benda yang nak ditanya,” Hajah Halimah memandang cucunya.

“Setiap kali Dila ada masalah, Dila akan baca Quran. Minta Allah berikan Dila kekuatan. Dan setiap kali tu jugalah wajah seseorang ni hadir. Apa maksudnya tok?,” Dila berkias.

“Kenapa? Cucu tok ni dah bercinta ye?” Hajah Halimah tidak menjawab tapi memahami maksud soalan cucunya yang seorang itu. Cucu yang paling kuat menyimpan rahsia hatinya. Biar susah sekalipun dia akan cuba untuk menyelesaikannya bersendiri.

“Tok......Dila tanya ni,” Dila merengek manja. Lantas direbahkan kepalanya diribaan nenda kesayangan. Tempat dia meluahkan rasa. Tempat dia menumpang kasih. Tempat dia bermanja.

“ Dah besar macam ni puh masih nak merajuk dengan tok lagi? Macam mana nak kawin ni?” ketawa Hajah Halimah meletus.

“Belum tiba masanya lagi tok. Lambat lagi Dila nak kawin,” Dila masih diribaan nendanya.

“Dila....Hidup kita ni penuh dengan dugaan. Tapi Allah menduga setiap hambaNya sesuai dengan kemampuan hamba – hambaNya. Tok tak dapat bagi jawapan yang pasti. Cuma apa yang diberikan mungkin satu petunjuk dari Allah yang kita sendiri tak dapat untuk mentafsirkannya. Yakin dengan ketentuan Allah, dengan setiap janji – janji Allah. Insya –Allah, Dila akan temui juga jawapannya nanti,” Hajah Halimah mengelus lembut rambut milik cucunya itu. Dalam hati doa dipanjatkan agar Dila menemui apa yang dicari.

Dila membuka mata. Kini dia berserah segalanya kepada Yang Maha Esa. Bukan dia tidak pernah mencari apa ertinya wajah fariz sering hadir sesudah dia menamatkan bacaan Al – Quran tiap kali dia cuba mencari kekuatan. Namun dia tak pernah bertemu dengan jawapan yang pasti.

Handphone SE miliknya mengalunkan lagu Nur Kasih dan dia ketahui siapa gerangan pemanggilnya. Nada hanya khas untuk Fariz. Ya.....Nur kasih yang Fariz ciptakan dulu semakin pudar walaupun alunannya masih megah berlagu.

“Hello, assalammualaikum,” dalam keterpaksaan Dila cuba menggagahkan diri untuk menyambut panggilan itu. Dalam hati dia berdoa moga diberi kekuatan untuk berbicara dengan lelaki ini.

“Waalaikummussalam. Dila dah tidur ke?” salam disambut.

“Belum lagi. Ada ape Fariz?” Dila masih berlagak tenang.

“Fariz...Dila...Fariz...Fariz...,”fariz sesak. Egonya mengalahkan segala – galanya.

“Kenapa Fariz? Apa yang Fariz nak bagitahu?”

“Fariz.......,”

“hurm.....,”

“Fariz nak jumpa Dila,”

“Ok.. Kita jumpa esok kat tempat biasa. Assalamualaikum,” klik! Talian diputuskan.

Air mata Dila mengalir lagi. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk aku menempuhi dugaanMu ini Ya Allah.



Fariz mundar mandir di aras 3 kompleks membelah belah Times Square. Lokasi yang menjadi saksi percintaan sepasang merpati suatu ketika dulu. Lokasi ini jugalah yang membawa dia mengimbau kisah – kisah silam semasa berada disamping Dila.

“Assalammualaikum fariz. Dah lama tunggu? Maaflah STAR sesak tadi,” senyuman Dila menambah luka dihati Fariz dengan perasaan bersalah.

“Waalaikummussalam. Tak de lah. Kita pergi makan dulu ye?” Fariz mencadangkan dan Dila hanya menurut.

Perjalanan ke tingkat 10 terasa terlalu jauh. Masing – masing menyepi bermain dengan perasaan sendiri. Mata mereka bertentangan seolah – olah ingin meluahkan sesuatu. Dila yang menyedari status dirinya tersenyum.

Minit pertama. Minit kedua. Minit ketiga. Minit kesepuluh berlalu dengan kesunyian seolah sedang berselera menikmati hidangan walaupun terasa perit setiap hidangan yang ditelan.

“Dila..Fariz nak minta maaf. Fariz tak pernah bberniat untuk menipu Dila. Fariz tak pernah berniat untuk melukakan hati dila,” akhirnya Fariz bersuara. Dila mengangkat muka memandang ke dalam anak mata Fariz. Ada segaris rase bersalah dalam anak mata itu.

“Fariz tak perlu untuk minta maaf.fariz tak pernah buat salah pun dengan Dila,” Dila menjawab tenang.

“Jangan tipu diri sendiri Dila. Dila marahkan Fariz kan? Kenapa Dila tak marah? Kenapa Dila mesti nak pendamkan rasa tu sendiri?” Fariz masih tidak berpuas hati dengan ketenangan yang dipamerkan.

“Fariz...Sedih..Yes I am. Memang Dila sedih sebab Dila jumpa fariz semalam. Dila sedih sebab Fariz tak berterus terang sedangkan Fariz tahu yang Dila tak pernah ada perasaan marah pada Fariz. Dila sedih sebab Fariz sembunyikan semua ni daripada Dila sedangkan Dila berhak tahu. Fariz boleh bayangkan perasaan Zati bila dapat tahu Fariz bersama dengan Dila?” Dila mula bersuara. Fariz tergamam.

“Fariz tak nak kecewakan Dila. Fariz sayangkan Dila,” Fariz menunduk.

“Fariz..Cinta dan sayang mempunyai makna yang berbeza. Fariz sayang kan Dila tapi Fariz tak cintakan Dila. Fariz cintakan Zati dan Fariz boleh sayangkan Zati kerana sayang tak bermakna cinta tetapi cinta bermakna sayang. Dila tak pernah terfikir untuk memisahkan fariz dan Zati. Kehadiran Dila hanyalah sebagai pembantu sebelum Fariz mendapatkan Zati sepenuhnya. Dila tak nak Fariz jatuh hanya kerana Fariz tidak dapat memilki Zati,” Dila tenang menutur kata.

“Kenapa Dila sanggup berkorban sebegitu rupa untuk Fariz? Sedangkan Fariz sentiasa menyakiti hati Dila walaupun Fariz langsung tak berniat untuk buat macam tu pada Dila,” Fariz merenung Dila yang tenang di hadapannya kini. Sungguh! Dia terkedu dengan ketenangan yang dipamerkan.

“Fariz, Dila berkorban untuk orang yang Dila cinta tapi Dila tak minta pengorbanan Dila dibalas. Dila tahu hati Fariz. Dila dah bersedia untuk semua ni sekian lama. Dila boleh rasa pengakhiran kisah ini dan ia telah terbukti. Kalau sudah jodoh, Fariz. Walau berpisah sejauh mana sekalipun, berabad lama sekalipun ia tetap akan kembali. Jodoh adalah ketentuan Allah. Kita tak boleh menolak atau menghalang. Kini telah terbukti jooh Fariz adalah Zati. Dila dapat lihat kebahagiaan dalam mata Fariz semasa bersama dengan Zati yang tak pernah Dila lihat semasa fariz bersama Dila. Dila bersyukur sangat sebab Dila sempat tunaikan tanggungjawab Dila untuk menyatukan Fariz dengan Zati,” mata mereka bertemu dan Dila hanya tersenyum.

“Dila... Kenapa mesti kita lalui semua ini? Kenapa Fariz perlu memilih antara dua? Kenapa fariz perlu menyakiti orang yang terlalu banyak berkorban untuk Fariz?” Fariz mengusap rambutnya. Ketegangan jelas terpancar diwajahnya yang semakin kusut memikirkan masalah itu.

Dia tidak mahu kehilangan Zati dan dia juga inginkan Dila. Kedua – dua mereka amat penting dalam hidup lelakinya. Kedua – duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma dia tersilap langkah tidak dapat mencintai Dila sepenuhnya.

Memang Zati yang bertakhta dihati tika ini. Namun keluarga Zati? Itu yang menyebabkan dia terkeliru dengan hati sendiri.

“Fariz... Inilah yang dinamakan dugaan Allah. Allah datangkan ribut taufan sehingga membuatkan kita jadi lemah tak bermaya. Namun sebenarnya Allah datangkan kita pelangi yang sangat indah untuk kita mensyukuri segala nikmat – nikmatnya. Fariz faham bukan?” hati Dila dipagut pilu. Tiap butir kata yang lahir dari bibirnya mengundang sakit yang mencengkam dada.

“Tapi.. Fariz tak nak kehilangan Dila. Fariz perlukan Dila,” fariz berusaha memujuk walaupun dia sendiri tidak pasti apakah pilihan yang perlu dilakukan tika ini.

“Fariz... Dalam hidup kita perlu buat pilihan. Jadi fariz perlu memilih salah satu daripadanya. Pilihan Fariz dah ada di depan matanya sebenarnya. Cuma Fariz keliru kerana perasaan bersalah Fariz pada Dila kan? Jangan macam tu Fariz. Dila redha Fariz bersama Zati kerana itu adalah suratan takdirNya. Jaga dan lindungi Zati selagi hayat ada. Jangan sesekali Fariz mensia – siakan cinta yang kalian bina setelah sekian lama. Biarkan ia sentiasa subur sepanjang masa. Dila sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fariz,” Dila masih lagi tenang. Namun hatinya merintih pilu.

“Tapi Dila..Fariz...,”

“ Fariz.. Dila mohon maaf dari Fariz jika sepanjang 3 tahun kita bersama ada tingkah laku atau kata – kata Dila yang menyinggung hati Fariz. Halalkan segalanya yang telah fariz berikan untuk Dila. Dan terima kasih Dila ucapkan untuk segala – galanya,” Ya Allah! Yang itu lahir jua akhirnya.

“Dila. Maafkan Fariz Dila,” air jernih mula bergenang dikelopak mata lelaki itu. Keegoannya musnah dek kerana ketenangan wanita itu. Fariz tak mampu untk berkata apa – apa. Yang pasti dia terpaksa mengizinkan Dila pergi.

“Antara Fariz dan Dila, tiada apa yang perlu dimaafkan. Cuma Dila mohon izinkan Dila pergi dengan hati yang rela kerana pemergiaan ini untuk kebahagiaan Fariz. Izinkan Dila simpan cinta ini dalam hati Dila.Dila sentiasa mendoakan kebahagiaan Fariz dan Zati. Terima kasih Fariz. Dila minta diri dulu,” Dila bangun untuk melangkah pergi.

“Fariz hantar Dila?” Fariz masih berusaha untuk memujuk. Dia tidak dapat menerima kenyataan Dila akan pergi selama – lamanya dari sisinya.

“Tak perlu Fariz. Jaga diri Fariz okey. Assalammualaikum,” Dila berlalu tanpa memandang ke arah Fariz. Fariz terduduk. Dia menghantar langkah Dila dengan pandangan kososng.

Dia tidak tahu mengapa. Hatinya terasa sakit tiba – tiba. Dila berlalu tanpa memandang walau seketika Cuma. Dan dia memahami isyarat itu. Pemergian Dila kali ini adalah pemergian yang takkan kembali. Dila nekad dengan keputusannya. Wanita itu tidak akan berpatah balik lagi.


Air mata yang sedaya upaya ditahan dihadapan Fariz tadi terembes jua. Dila tak mampu untuk menghalang air jernih itu mengalir seperti hatinya yang turut mengalir kesedihan. Namun dia redha dengan keputusannya.

Dalam balam – balam air mata dia sempat melihat Fariz membuka warkah putih yang diserahkan sebelum beredar pergi..

Assalammualaikum w.b.t.....

Buat tatapan seorang lelaki yang telah membuatkan hati Dila terbuka menerima lelaki dan merasai manisnya cinta..

Izinkan Dila memanggil panggilan yang telah lama tak digunakan kerana permintaan Fariz untuk kali terakhir. Tapi panggilan itu yang membuatkan Dila terlalu menghormati dan mencintai Fariz..

Abang,
Saat warkah ini dibaca, Dila telah pun pergi dari hidup abang buat selama – lamanya. Terima kasih di atas kasih sayang dan kenangan yang telah abang tinggalkan untuk Dila. Dila mengenali abang, bersahabat dengan abang dan akhirnya jatuh cinta dengan abang. Tempoh yang terlalu lama untuk kita namun segala – galanya ditangan Allah. Apa yang dirancang tidak semestinya akan menjadi kenyataan...

Allah Maha Mengetahui kerana segala – galanya dalam ketentuannya. Dila bersyukur kerana telah dipertemukan dengan abang. Seorang lelaki yang banyak mengajar tentang erti kehidupan. Erti sebuah kasih, segumpal sayang dan selaut cinta. Terima kasih kerana membenarkan Dila menjaga abang walaupun tidak sesempurna Zati.

Sungguh Dila terlalu bersyukur. Pengakhiran yang akan membawa sinar bahagia untuk abang telah Dila laksanakan. Dila mohon abang redha dengan setiap yang berlaku dan hargailah apa yang pernah abang pertahankan selama ini. Mohon ampun dan maaf atas segala kata – kata atau tingkah laku Dila yang pernah membuat abang terasa tanpa Dila sedar atau dalam keadaan sedar. Halalkan segala – galanya yang pernah kita kongsi bersama suatu ketika dulu.

Setiap saat kenangan bersama abang tak pernah luput di ingatan. Malah ia seolah – olah mengajak Dila sama – sama menari mengimbau kenangan itu. Dan izinkan kenangan itu Dila teguhkan berdiri di layah hati ini. Terima kasih untuk segala – galanya. Apa yang telah abang sempurnakan dan abang yang telah abang tinggalkan akan sentiasa ada bersama – sama Dila.

Kini abang akan memikul amanah yang paling berharga dari ALLAH kepada sekalian manusia. Kasihi dia, sayangi dia dan cintai dia sepenuh hati abang. Zati seorang wanita yang baik dan sangat memerlukan abang. Begitu juga abang bukan? Doa Dila sentiasa bersama – sama kalian berdua. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNYA.

Akhir kata dari Dila, sambutlah salam penuh kemanisan dari seorang wanita yang pernah bergelar sahabat...

Yang benar,
Dila


air mata lelakinya terembes jua. Warkah putih bersih itu dilipat kemas dan disimpan di dalam poket seluarnya. Hari ini dia perlu akur. Segala – galanya telah ditetapkan.

“Terima kasih Dila. Terima kasih kerana tak pernah pergi dari Fariz saat Fariz berperang dengan perasaan sendiri. Terima kasih sebab Dila tak pernah jemu disisi Fariz saat Fariz dalam kesusahan. Maafkan Fariz, Dila. Maafkan Fariz,” air mata diseka perlahan dan dia bangun untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan seribu satu kenangan untuk dirinya dan Dila.

Semoga esok menjanjikan kebahagiaan yang diharapkan....



Langkah diatur meninggalkan bangunan yang menyimpan seribu satu memori buat dia dan Fariz. Langkah yang semakin lama smakin longlai digagahi juga agar tetap teguh menjejak tanah. Dia perlu kuat.

Keputusan yang telah diambil tiada lagi boleh diundur. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Biarkan kenangan itu mekar tanpa sebarang gangguan kerana mekarnya tidak memerlukan perantara. Dila bukan sahaja berlalu meninggalkan bangunan itu, malah dia berlalu meninggalkan hatinya di situ.

Biarlah hati yang dipenuhi cinta untuk Fariz bersemadi di situ.

“Alhamdulillah, Ya Allah. Engkau telah berikan aku kekuatan ini. Bantulah hambaMu ini untuk meneruskan hingga ke akhirnya,”

Selamat tinggal kasih......selamat tinggal sayang.....selamat tinggal cinta.....

Biarkan aku pergi...........



Tamat!!!!!!!!!!
4 comments:
  1. penulisan mantap..pe kata ko jadi novelis??? plzzzzzzz.. hehe :P

    ReplyDelete
  2. wah!ak sdah di puji oleh cikgu bahasa melayu...hehe=) tp msh bnyak keurangan la fi...xlayak ak jd novelis..hehe=)

    ReplyDelete
  3. tu la.. bole menjana pendapatan seumur hidop tau..hehe try la... wat cite pnjg2 skit..

    ReplyDelete
  4. tq kpd sahabat2ku yang menyokong...
    insya-Allah..andai ada peluang nanti...

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger