Pages - Menu

~RISAU...~


Assalammualaikum semua...

Dh lama rasanya x mencoretkan sesuatu untuk entry terbaru kt blog saya ni..
Kali ni saya nak berkongsi perasaan yang 1 ini yang x pernah hilang sejak dari dulu..

kalau sekarang ni..dengan umur yang semakin menginjak dewasa..dn ramai juga yang telah bergelar isteri dan juga ibu..Kawan - kawan saya juga dah ramai menamatkan zamn bujang masing2..Alhamdulillah.. semoga rumah tangga kalian sentiasa dlam rahmat ALLAH hendaknya...AMin..

Tapi saya msh juga dalam 1 keadaan yang boleh dikatakan risau thp yang xsepatutnya..Saya takut untuk menghadapi alam perkahwinan..Wanita mana yang tidak mahu bahagia dengan ikatan yang sah disisi Allah..mengharungi hari - hari yang mendatang bersama-sama insan yang tersayang..Berkongsi suka duka, penat lelah, gelak tawa bersama-sama, semasa sihat atau sakit..semuanya dikongsi bersama-sama tanpa ada halangan..

Masih terkenang kenangan lalu dan keadaan institusi kekeluargaan sekarang yang semakin banyak porak perandanya, perceraian yang berlaku berleluasa seolah - olah menjadi trend kehidupan masa kini, Saya jadi semakin takut..Bukan saya tidak pernah cuba untuk mengusir perasaan ni..tapi saya tetap tidak berjaya..Ketakutan itu bertandang saban waktu seolah cuba untuk menutupi terus hati ini..

tapi saya x kan mengalah dengan begitu mudah..saya cuma mahu mengusir rasa takut ini kerana saya x mahu berterus - terusan hidup dlam dunia sendiri..Adakalanya saya rasakan saya cukup kuat untuk hadapi apa sahaja yang berlaku dihadapan saya bersendiri..Tanpa perlukan bantuan sesiapa terutamanya lelaki..Pernah suatu ketika dulu saya menutup terus pintu hati ni untuk lelaki hanya kerana lelaki itu..

Waktu itu..saya masih tidak cukup matang..perjalanan saya masih belum jauh..namun kini, walaupun saya belum lagi mempunyai pengalaman yang begitu banyak untuk menghdapi hari - hari yang mendatang tapi saya cuba untuk menjadi lebih dewasa..Setiap perkara yang berlaku dihadapan saya membukakan mata saya untuk lebih memahami setiap perkara yang pernah saya lalui dulu..

Saya tertanya - tanya..Mengapa hanya saya yang diuji sebegini?kenapa tidak mereka yang lain?Tapi jawapannya saya temui kini..Syukur kepada ALLAH..kerana membuka mata dan hati saya untuk memahami semua ni..ALLAH tidak pernah membiarkan hamba2NYA bersendiri tatkala sedih atau pun gembira..Cuma kita sebagai hamba sering lupa tatkala gembira menyelubungi diri..

Disinilah pentingnya syukur dan redha kerana ia adalh kunci kebahagiaan..

walaupun perasaan takut terhadap perkahwinan masih belum pulih sepenuhnya..tapi saya banyak belajar dengan pengalaman mereka yang telah melalui semua ni..Kini secara perlahan -lahan saya cuba untuk percaya tidak semua perkahwinan itu berakhir dengan perceraian..tidak semua perkahwinan itu hanya mengundang sengsara..tidak semua perkahwinan itu hanya menghadirkan kesedihan..

Semoga saya cukup kuat untuk menghadapi hari - hari yang mendatang...
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger