Pages - Menu

~~AKU MERINDUI DIA...~~

Terlalu lama wajahnya tidak kelihatan...
semenjak dia pergi, kami ditinggalkan tanpa sebarang berita..
walaupn jarak yang memisahkan bukanlah terlalu jauh..
namun dek kerana ingatan yang semakin pudar..
kami x dipedulikan...

Bukan x pernah untuk mencari..
tapi..apakan daya..
kedatanganku seolah-olah tidak diundang..
akhirnya aku pergi menjauh..
cuba mengubati hati sendiri..
x perlu mencari andai orang x sudi memandang..
cukuplah luka yang diciptakan dulu..
darahnya telah pun berhenti
tapi lukanya belum pernah sembuh sepenuhnya..

Dalam redha aku cuba menjadi seorang wanita yang tabah..
ku kuatkan hati untuk mereka yang terlalu berhrga dalam hidupku..
ku usirkan rasa sakit yang bertahun-tahun membelenggu diri..
cukuplah rasa sakit itu menghantui hidup kami..
cukuplah rasa sedih itu mencengkam hati kami..
cukuplah rasa pedih itu mengganggu kebahagiaan yang cuba kami bina kembali..

Aku melangkah pergi dari destinasi duka itu..
ketika fajar di ufuk timur...
aku berlari ke arah mentari..
biarkan aku pergi kasih..
andai itu yang kau mahu...

Aku telah menjauh...
namun hati x penah sesekali membiarkan aku melupakan dirinya..
dek kerana ingatan yang x pernah pudar untuk dirinya..
air mata ini jatuh lagi..
berkali-kali cuba ku usir rasa rindu ini..
semakin kuat aku mencuba..
semakin laju langkahnya mendatangi aku saban waktu..

Akhirnya aku mengerti..
tidak salah rindu datang bertandang..
kerana itulah lukisan hati..
aku dan mereka yang sebenarnya...

Tatkala aku cuba mencipta bahagia..
sedih juga yang pastinya akan bertandang..
aku termanggu..
namun aku bersyukur..
kerana aku tidak terus tersungkur..

AYAH...
walaupun dirimu tidak mngerti isi hati ini..
izinkanlah kami tetap dalam doamu saban waktu
kerana kami terlalu merindui..
AYAH kami yang dulu...

Maafkan kami AYAH..
diam kami bukan beerti kami mlupakan AYAH..
jauh sekali membenci...
tapi kami terpaksa akur..
kerana takdir yang menentukan..

YA ALLAH...
Tabahkanlah hati kami menempuhi dugaanMU ini...
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger