Pages - Menu

~~ERTI SEBUAH RINDU~~

Tatkala malam melabuhkan tirai sepinya, hatinya turut mendendangkan irama yang senada..Sayu yang menjalari segenap atma hati begitu menyeksakan..Dia kembali hadir mencari sesuatu yang entah ke mana hilangnya...

Puas dikejar, lelah dikendong, berat di dukung...namun,tiada hasilnya. Disebalik senyuman yang terukir sapanjang masa, terselit seribu duka. Terpendam sejuta lara yang terbias dek kerana terbiar sendiri..

Dia melalui kesayauan itu dengan satu ketabahan, sebuah harapan bahawa yang dikejar akan kembali, yang dikendong tak kan terlepas lagi..Sendirian mengenangkan hati yang telah dilukai,dia cuba belajar erti sebuah ketabahan yang menuntut kesabaran..

Dalam kelesuan, dia cuba melangkah gagah. Mempamerkan sebuah kekuatan bahawa dirinya tidak pernah mengalah dan tidak akan sesekali mengaku kalah..Dia bangkit kembali menyedari dia tidak bersendiri dan tidak pernah dibiarkan bersendiri kerana Yang Maha Esa sentiasa ada di sisi..

Akhirnya dia terdampar di sisi sebuah ketenangan yang dicari-cari selama ini..Dia cuba memahami erti sebuah rindu, kerana rindu itu yang menjadikan dirinya seorang perindu..Kerana rindu itu juga yang mengajarnya erti sebuah kesabaran dan ketabahan yang tiada noktahnya..

Rindu...Biarkan ia berlalu seperti bayu yang mengelus pipiku..
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger