Pages - Menu

SATU ANUGERAH.....

Assalammualaikum w.b.t..


Petang tadi, saya baru tiba dari Kedah Darul Aman..Menghantar adik saya yang melanjutkan pelajaran ke salah sebuah IPG di Penang..

Benar...Pengalaman kali ini adalah satu anugerah yang ternilai harganya buat saya..dan saya rasa adik saya juga berperasaan yang sama..Pelbagai gelagat dan kenangan yang kami cipta sepanjang perjalanan ke sana dan kenangan yang terlau berharga buat saya semasa kami dalam perjalanan pulang...

Tiga anugerah menjadi satu tatkala saya menyedari ia adalah kerna kehadiran insan-insan tersayang dalam hidup kami..Seolah-olah kehidupan kami lengkap walaupun untuk seketika..Alhamdulillah..kalimah agung itu menitir dibibir..memuji Pencipta yang Maha Berkuasa..

Adik saya telah melangkah ke alam baru..sbgai seorang kakak, jujur saya katakan saya terlalu bersyukur dan berbangga dengan kejayaannya..namun jauh di sudut hati saya dipagut kesedihan..Saya akan melepaskan adik yang x pernah berjauhan dengan keluarga selama ini..dia seorang yang sangat garang tapi terlalu manja..air mata mengalir tatkala meninggalkan dia..lebih2 lagi apabila ayahnda kami juga mengalirkan air mata...

Namun saya yakin..Dia mampu untuk meneruskan perjuangan ini kerana ini adalah cita-citanya sedari dulu..Mudah-mudahan dia diberikan segala ketenangan dan kekuatan untuk menempuhi alam baru ini..Hanya doa yang mampu saya titipkan dari kejauhan..

Kenangan yang tercipta bersama-sama ayahnda sepanjang perjalanan ini sangat bermakna buat saya..kenangan ini telah pun tersemat kemas dalam kotak fikiran saya..xmahu walau sedikit ia lenyap..biarlah saya berbahagia hanya kerna kenangan itu..cukuplah dia hadir wlau seketika kerana kenangan bersamanya xkan saya tinggalkan sampai bila-bila..

RINDU menggamit kalbu tatkala mereka meninggalkan sya bersendirian di daerah ini..hati saya seolah-olah dibawa pergi bersama..saya x mahu mereka pergi.saya mula merindui bonda,ayahnda dan adik bongsu saya..knp mst pergi tatkala saya mahukan kenangan ini berpnjangan lg???Namun sya redha..cukuplah walau hanya seketika kerana yang lebih bermakna bukan tempoh waktu tetapi pengisian kenangannya...

Terima kasih bonda..
terima kasih ayahnda...
kerana menjadi kekuatan pada diri ini..
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger