Pages - Menu

~ NUR KASIH ~

NUR KASIH....












Assalamualaikum w.b.t....

Malam telah lama melabuhkan tirai sunyi..Namun mata ini masih lagi tegar x mampu untuk dilenakan.Lantas jemari ini mula mengalunkan langkah.Menari-nari menekan kekunci yang menjadi peneman setia setelah beberapa ketika..

Tiada yang terlalu istimewa untuk untuk dikongsi hanya secebis kata yang begitu meninggalkan makna yang mendalam dalam jiwanya..NUR KASIH.seindah bait kata-kata yang diluahkan dalam lagu begitu juga lah yang berlaku dalam hatinya..

Kerana NUR KASIH,hati menjadi kuat kerana kata-katanya..mencari ketenangan yang abadi kerana cahayanya..mencari secebis kasih ILLAHI tatkala diri termanggu-manggu mencari sesuatu..dalam perjalanan mencari kasih itu,akhirnya dia berhenti di sebuah perhentian yang sarat dengan seribu satu kenikmatan..

Kenikmatan yang dipertemukan setelah dia mengetahui tujuan kejadiannya..menghakimi diri setelah terlalu lama membiarkan diri tanpa sebarang langkah yang pasti..Tatkala dia rebah,dia tidak mampu berdiri..Tatkala dia hampir tersungkur menyembah bumi..Hadirlah NUR KASIH menghulurkan tangan..memberikan sinar kebahagiaan..

Syukur dipanjatkan ke hadrat yang Maha Esa kerana memberi dirinya peluang untuk mngecapi kebahagiaan itu dengan penuh kesyukuran..NUR KASIH telah membuka mata hatinya memahami setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya..memberi kesedaran dirinya tidak pernah dibiarkan bersendiri dan tidak bersendiri dalam melalui segala-gala..kesusahan, kedukaan, kesakitan yang hadir bukan lah alasan untuk dirinya melupakan kebahagiaan yang telah dijanjikan oleh Y Maha Esa..

NUR KASIH...Disebalik kata -kata itu ada kisah yang tersembunyi..kisah yang membawa dirinya mengenali erti sebuah perasaan yang tidak pernah dirasai.. Dengan kata-kata itu dia meneruskan perjuangan mempertahankan erti sebuah perasaan..

Semoga setiap langkah yang dilalui memperoleh keberkatan dan pertolongan dari Yang Maha Esa..terima kasih Tuhan kerana telah mempertemukan NUR KASIH..
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger