Pages - Menu

NAKHODA BAHTERA HATI




Assalammualaikum w.b.t....

Terlalu lamanya rasanya saya meninggalkan minat saya yang satu ni...Entah mengapa cuaca petang yang redup ini begitu mendamaikan dan menggamit hati saya untuk mencoretkan sesuatu buat renungan bersama....

Saat saya sedang mencari sesuatu...mengharapkan sesuatu...akhirnya saya telah bertemu dengan kata-kata yang sangat membina...ingin saya berkongsi dengan semua tentang mengapa ia terlau memberi impak yang sangat mendalam kepada kita...

Setiap manusia tidak lepas dari dibelenggu dengan pelbagai masalah..permasalahan yang pelbagai melibatkan hati dan perasaan, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan, rumah tangga dan diri sendiri.. Kita sering tertekan dengan setiap permasalahan yang melanda.Seolah-olah tiada langsung jalan keluar.

Namun pernahkah kita termenung seketika dan muhasabah diri...mengapa kita diberikan masalah ini?Mengapa kita sering kali di uji walaupun bagi kita, kita tidak pernah melakukan silap pada sesiapa...Kita sering kali mendabik dada tanpa sedar.Dan apabila dugaan datang melanda..kita jadi goyah.Kita lupa asal kejadian kita...

Dek kerana terlalu tertekan dengan masalah yang kononnya tiada jalan penyelesaian...kita mengambil jalan pintas melakukan perkara-perkara yang dilarang..dalam tidak sedar kita telah menzalimi diri kita sendiri..

Kita sebenarnya lupa..Allah telah mengurniakan akal dan hati untuk kita berfikir baik buruknya sesuatu..

Hidup ini ibarat bahtera yang terumbang ambing di lautan..nakhodanya adalah diri kita sendiri..andai kita mampu mengemudi bahtera yang dihempas ombak ganas di lautan...maka belayarlah bahtera dengan tenang ke pelabuhan..namun andai nakhoda tidak mampu untuk mengawal bahtera itu..maka karamlah ia sebelum tiba dipelabuhan..

Nakhoda bahtera hati yang berjaya tiba dipelabuhan adalah nakhoda yang mampu mnegemudi setiap perasaannya..walau seganas mana sekalipun ombak yang dtang melanda, walau sekuat mana sekalipun guruh yang bersuara, ia tetap teguh..kerana keyakinan hanya satu...Walaupun dimana dia..walau siapa pun dia..Allah sentiasa bersama-samanya..

Bila keyakinan hanya pada Yang Esa, segala-galanya menjadi mudah..ketakutan menjadi keberanian, kesusahan menjadi kesenangan,kesakitan menjadi ketenangan...ingatlah..

Kita tidak pernah bersendiri...dan tidak sesekali dibiarkan sendiri dalam menempuh apa jua dugaan..Oleh itu, walau apapun masalah yang kita hadapi..cari kekuatan kita dengan menghadapNYA...Hanya DIA yang mengetahui kerana segala-segalanya datang dari DIA..




"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." (Qaaf: 16)


Bersihkan diri...sucikan hati...kita akan menemui kekuatan itu pada Allah Yang Maha Esa..renung2kanlah.. =)
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger