Pages - Menu

Ke manakah hilangnya kasih itu….

Dalam kepayahan meredah onak yang penuh dengan liku-liku yang tak pernah seketika mengizinkan dia merehatkan minda dan fizikalnya…dia diuji lg….kasih yang ditabur…cinta yang disemai….akhirnya mengundang sengsara di jiwa…

Tegarkah hati menerima kenyataan yang mula mengambil haknya? Telah sedaya upaya, segigih kudrat mencari dan terus mencari apakah sebenarnya yang ingin di mengerti…dia terdiam membisu..tak mampu untuk berkata-kata…tak mampu untuk berdiri teguh…tak sanggup menahan sebak yang mula mencengkam dada…

Dalam kebingungan….dia mencari jawapan..,mengapakah mesti diperlakukan sebegini? Adakah kerana bila hati terlalu mencintai..dia lupa..menjadi alpa dengan rentak hati sendiri…berkali-kali kata hati menyimpul keputusan…namun berkali-kali itu jugalah kata hati membelakangkan fikiran..dia termanggu sendiri…

Kejujuran dan keikhlasan yang disemai menyintai dan menyayangi sepenuh hati dibalas dengan kekecewaan dan kesakitan…bukanlah diri memaksa untuk dibalas kasih itu…tapi hanya pengertian dan kejujuran yang diharapkan…

Dimanakah hilangnya kasih itu?adakah ia telah terpadam terus dari hati insan yang mula menyemaikannya? Andai itu yang berlaku harapannya hanya jujur memberitahu…dia tidak kejam untuk membiarkan dirinya bahagia di atas kekecewaan orang lain…

Mungkin dirinya tidak sebaik mana…kerna itu kasih itu berubah..namun hanya dia yang merasai dan mengetahui jawapan sebenarnya hati..biar pun berkali-kali dilafazkan dengan kata-kata…apakan daya…kata -kata yang diungkap bak dibawa angin lalu cuma…

Kini dia mula nekad…apapun yang terjadi biarlah dia mengundur diri..kerana ia menyedari..menyintai tak beerti kita memiliki…
1 comment:
  1. bkn slh kamu..tp dia yg x mahu mengerti erti cinta yg sbnar..=)

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger